Tuesday, 18 September 2012

Tugasan - 19 September 2012

Para pelajar arif budiman,

Maaf kerana saya tidak dapat hadirkan diri pada hari Rabu, 19 September. Bagi kelas Bahasa Melayu, para pelajar dikehendaki pergi ke kawasan tempat duduk di luar Info Hub dari pukul 8.05 hingga 8.55 pagi.

Untuk tugasan, sila rujuk pada Buku Latihan. Buat latihan Soalan A1 dari Latihan 6B hingga sekurang-kurangnya 10B atau lebih. Aisyah, sila pastikan semua pelajar melaksanakan semua tugasan.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

Wednesday, 12 September 2012

Tugasan untuk 12 September 2012

• Tanda tangan kertas ujian, hantar esok
• Habiskan kertas latihan (kefahaman), hantar esok

Wednesday, 29 August 2012

Tugasan - 30 Ogos 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa kamu perlu berada di Info Hub untuk kelas Bahasa Melayu (0945 - 1035). Setiap pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan yang telah disediakan. Wakil kelas akan mendapatkan tugasan tersebut dan berikan pada kamu. Gunakan masa yang ada untuk selesaikan setakat mana yang kamu mampu. Tiada perbincangan yang diperlukan. Kamu boleh rujuk mana-mana bahan yang sesuai. Tugasan ini harus dihantar, sama ada kamu selesai kesemuanya ataupun tidak.

Kemudian, serahkan semua kertas kepada wakil kelas. Wakil kelas akan kumpulkan dan letakkan di 'pigeon hole' saya selepas kelas. Harap kamu gunakan latihan ini sebagai persiapan untuk peperiksaan.

Wakil kelas : Aisyah


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 14 August 2012

Analisa Teks - Iklan

Para pelajar arif budiman,

Sila laksanakan tugasan ini. Terima kasih.





Cg Azizah.Ahmad

Thursday, 2 August 2012

Tugasan - 3 Ogos 2012


Para pelajar arif budiman,

Saya minta maaf kerana saya tidak dapat hadirkan diri esok, 3 Ogos. Walau bagaimanapun, ada tugasan yang perlu diselesaikan pada waktu kelas Bahasa Melayu pada pukul 9.45 pagi. Saya telah melantik wakil kelas - M.Mirza.

1. Semua pelajar boleh pergi ke Info Hub. Memandangkan awak semua berkongsi ruang dengan orang lain, sila pastikan awak tidak mengganggu ketenteraman di Info Hub.

2. Wakil kelas perlu dapatkan lampiran daripada 'pigeon hole' saya di luar bilik guru.

3. Wakil kelas berikan lampiran kepada rakan-rakan kelas.

4. Semua pelajar harus selesaikan tugasan pada masa kelas Bahasa Melayu. Tiada perbincangan yang diperlukan.

5. Setelah tamat kelas Bahasa Melayu, semua pelajar wajib serahkan lampiran kepada wakil kelas.

6. Wakil kelas akan letakkan lampiran-lampiran tersebut di dalam 'pigeon hole' saya di luar bilik guru.

7. Tugasan ini akan dinilai. Sila pastikan tugasan ini diselesaikan.


Terima kasih atas kerjasama awak semua.

Salam mesra,

Cikgu Azizah.Ahmad




Wednesday, 18 July 2012

Pengingatan


Bawa kamus esok(Khamis 19 Julai) yang akan digunakan untuk peperiksaan.

Respons pada blog (Rabu 18 Julai)

Buat pemahaman soalan 1-8 sebelum klas esok (Khamis 19 Julai)

Tuesday, 17 July 2012

Kerja Rumah untuk Selasa, 17/7/2012

Selamat sejahtera semua,

Harap membawa Buku Teks esok dan baca ms 33 dan 34.

Terima Kasih

Monday, 16 July 2012

Majlis Perkahwinan - Perbandingan

Para pelajar arif budiman,

Selepas menonton video ini, kamu dikehendaki untuk berkongsi pendapat berdasarkan soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.

1. Apakah persamaan di kededua majlis perkahwinan ini?
2. Apakah perbezaan di kededua majlis perkahwinan ini?
3. Pada pendapat kamu, majlis perkahwinan yang mana satu pilihan kamu? Mengapa?


Majlis Perkahwinan A




Majlis Perkahwinan B





Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Friday, 13 July 2012

Acara Bulan Bahasa 2012

Kepada Waris Para Pelajar,

Dengan sukacitanya, pihak sekolah memaklumkan tentang aktiviti yang boleh diikuti para pelajar SST serta ahli keluarga masing-masing. Memandangkan Unit Bahasa Melayu SST mempunyai hubungan kerja yang erat dengan pihak NLB, kami amat mengalu-alukan sokongan para pelajar serta ahli keluarga dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak NLB.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang diadakan di Perpustakaan Daerah Jurong (Jurong Regional Library). Semua pelajar dijemput hadir untuk mana-mana aktiviti. Ahli keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan acara Bulan Bahasa 2012.

PERPUSTAKAAN DAERAH JURONG, SABTU, 14 JULAI 2012

MASA

AKTIVITI

TEMPAT

PENYERTAAN (√)

2.30 – 3 ptg

Aktiviti Bercerita

Kawasan Perpustakaan

3.15 – 3.45 ptg

11 pg – 1 ptg

Bual-bual Seni – Bual & Tunjuk oleh Sri Warisan

Programme Zone

2 – 5 ptg

Alunan Ekspresiku oleh Jawatankuasa Penganjur Bulan Bahasa 2012

Daerah

Verging All Teens

1 – 5 ptg

Pondok Aktiviti oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)

Kawasan Perpustakaan

2 – 3 ptg

Sembang Sastera : Cerna Ilham

Programme Zone

3 – 4 ptg

Pelabgai Inspirasi, Satu Suara: 365 Tukilan Menemani Anda Setiap Hari oleh Rita Zahara & Sarkasi Said

Programme Zone

4 – 5 ptg

Celatah Si Comel oleh Warna

Kawasan Perpustakaan

4 – 5 ptg

Sembang Dikir : Menjana Identiti Tulisan Kita oleh Lam Soon MAEC Youth, Keris Movements

Programme Zone

Sekian terima kasih.

Cikgu Azizah Bte Ahmad

bagi pihak Jabatan Bahasa Ibunda, Sekolah Sains & Teknologi

Perbincangan Kelas (17 Julai) - Adat & Budaya Melayu

Para pelajar arif budiman,

Sila buat rujukan peribadi untuk topik Adat & Budaya Melayu berdasarkan pada soalan-soalan yang diberikan. Letakkan komen-komen kamu di ruang yang disediakan. Ia harus dilakukan sebelum waktu kelas pada hari Selasa, 17 Julai 2012.

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan adat/budaya Melayu?
2. Mengapakah adat/budaya Melayu diamalkan dalam masyarakat?
3. Siapakah yang mengikuti adat/budaya tersebut?
4. Berikan salah satu contoh adat/budaya Melayu. Bagaimana adat/budaya ini dilakukan?

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Sunday, 24 June 2012

Pertemuan Sekali Lagi...


Selamat sejahtera,

Harapan agar semua mendapat rehat yang secukupnya. Kita akan bertemu lagi. Buat masa ini, awak boleh dapatkan jadual kelas dari googlesite atau daripada guru kelas.



Sila pastikan bahawa awak bawa Fail Bahasa Melayu serta Lampiran (tugasan cuti sekolah bulan Jun). Bagi yang belum menghantar tugasan (lisan & ulasan buku), sila maklum bahawa markah penilaian akan diberikan.

Semoga kita menjadi lebih bersemangat untuk menempuh cabaran-cabaran baru. Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Thursday, 17 May 2012

Pengamuman - 17 Mei 2012

1)Tugasan Cuti Sekolah -Lisan dan Bacaan -Tarikh penghantarain sebelum 1 Jun 9 Malam 2)Common Test -Pembetulan -Tandatangan ibu/bapa -Letakkan di fail(karangan/bahasa) 3)Fail Melayu -Tandatangan ibu/bapa -Buat pembetulan(jika perlu) 4)25 Jun 2012(Isnin) -selepas cuti sekolah -bawa lampiran tugasan cuti sekolah -bawa fail 5)Kuiz majalah dewan siswa(Mac,Apr,Mei) -diletakkan di blog melayu -wajib dibuat rawr

Sunday, 13 May 2012

Kelas Bahasa Melayu - 14 Mei 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah. Kaki saya masih sakit.
Uuntuk kelas Bahasa Melayu, sila pergi ke Info Hub. Saya telah maklumkan hal ini kepada pustakawan ('librarian'). Saya minta kerjasama semua untuk berada di tingkat bawah bahagian Info Hub. Muhd Mirza & Aisyah, sila bantu saya untuk pastikan bahawa semua berjalan lancar.

Sila gunakan masa untuk selesaikan tugasan Performance Task. Memandangkan ada yang tanya jika boleh dilanjutkan tarikh penghantaran, saya rasa hari Rabu, 16 Mei adalah hari yang paling tepat sebelum kita semua sibuk dengan urusan masing-masing.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Friday, 11 May 2012

Kelas Bahasa Melayu - 22 Mei 2012 (10 pagi hingga 11.30 pagi)

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa kelas ini akan diadakan di Info Hub. Memandangkan saya akan berada di Brunei pada ketika itu, saya akan berikan tugasan yang harus diselesaikan.

MMirza & Aisyah, sila bantu untuk pastikan semua pelajar mengikuti apa yang telah ditugaskan. Pustakawan, Puan Manju, telah pun menempah bilik 'Discussion' untuk kegunaan awak. Sila lapor diri pada beliau apabila awak ke Info Hub.

Kelas 3HML pun akan bersama pada ketika itu. Kededua kelas akan berada di bilik yang berasingan. Sila pastikan tiada pelajar lain yang berada di bilik 'Discussion' itu. Ini untuk memastikan awak semua boleh melaksanakan tugasan tanpa gangguan.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Wednesday, 9 May 2012

Kelas Bahasa Melayu - 10 Mei


Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah.  Kaki saya masih bengkak.

Untuk kelas Bahasa Melayu, sila pergi ke Info Hub.  Saya telah maklumkan hal ini kepada pustakawan ('librarian').  Saya minta kerjasama semua untuk berada di tingkat bawah bahagian Info Hub.  M.Mirza & Aisyah, sila bantu saya untuk pastikan bahawa semua berjalan lancar.

Sila gunakan masa untuk selesaikan tugasan Performance Task.  Saya harap tugasan ini dapat dihantar pada hari Isnin, 14 Mei.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Monday, 16 April 2012

Kelas Bahasa Melayu - 17 April 2012


Para pelajar arif budiman,

Maaf kerana saya tidak dapat hadir pada hari Selasa, 17 April. Sila pastikan kamu duduk di kelas sendiri dan selesaikan tugasan yang diberikan. Kamu dikehendaki rujuk pada arahan-arahan berikut bagi memastikan masa kamu digunakan sebaik mungkin.

1. Rujuk pada Googlesite-ML.

2. Pergi ke Bahagian Kemahiran Berfikir (Bahasa). Klik pada pautan (link) Latihan Bahasa - Kertas Peperiksaan.

3. Muat turun dokumen Latihan 1 (Bahasa-Soalan)_3ML.

4. Tulis jawapan untuk semua bahagian. Kamu dikehendaki menggunakan kertas foolscap sendiri.

5. Hantar pada wakil kelas sejurus selepas berakhirnya waktu kelas Bahasa Melayu. Kamu dikehendaki hantar kertas jawapan sama ada kamu sudah selesai ataupun belum.

6. Wakil kelas akan masukkan kertas kawan-kawan ke dalam peti surat saya di luar bilik guru.

7. Wakil kelas = Mohit.


Semoga masa dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

Salam mesra,
Cg Azizah.Ahmad





Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Petikan : Isnin, 16 April 2012, Kawal risiko di dalam talian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘memuat naik’ dengan ‘memuat turun’? (2 markah)



2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, apakah yang perlu kamu lakukan untuk mengawal keselamatan kamu di ruang siber? Nyatakan dua cara tersebut? Jelaskan dengan menyatakan mengapa cara itu dilakukan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Laman rangkaian sosial kian menjadi pelantaran lumayan untuk aplikasi pihak ketiga.” Pada pendapat kamu, mengapakah laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 19 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 9 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Para pelajar,

Ini tugasan untuk minggu ini. Selamat membaca!

Petikan : Isnin, 9 April 2012, Disiplin kunci kejayaan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘taktik dengan ‘strategi? (2 markah)


2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, Said Mahdi ada menyatakan bahawa latihan SAF bermanfaat untuk

dirinya. Apakah dua manfaat tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan.

(4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “…saya (Said Mahdi) turut menggiatkan latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).” Pada pendapat kamu, adakah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 12 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 3 April 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 3ML)

Petikan : Selasa, 3 April 2012, Menuntut Ilmu Sampai Ke Beijing-Xian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara istilah tamadun dan zaman? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, pengalaman ke tempat peninggalan sejarah meninggalkan kesan pada penulis. Nyatakan dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Kunjungan ke Beijing dan Xian ibarat kelas Sejarah di luar bilik darjah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 2 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Para pelajar arif budiman,

Ini tugasan pada minggu ini.

Bagi para pelajar yang tidak melaksanakan tugasan minggu lepas (26 Mac atau 27 Mac), kamu dikehendaki untuk membuat kededua ulasan akhbar (2 April & 3 April) untuk pastikan kamu dapat latihan yang secukupnya. Pelajar-pelajar tersebut : Izzat, Mohit, Shairul Mirza, Mikhael.

Bagi pelajar-pelajar lain, kamu hanya dikehendaki melaksanakan ulasan akhbar untuk 2 April dan/atau 3 April.

_____________________________________________________________________

Petikan : Isnin, 2 April 2012, Murid raih manfaat sokongan badan amal

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘bantuan’ dengan ‘sokongan’? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, ada disentuh tentang kesan daripada bantuan yang dihulurkan pihak TYA. Apakah dua kesan tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Perbincangan (Amalan Membaca)

Para pelajar arif budiman,

Setelah menganalisa teks "Amalan Membaca", kamu dikehendaki melakar karangan eksposisi.

Soalan : Amalan membaca dapat melahirkan generasi yang berjaya. Bincangkan peranan sekolah dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.

Setiap pelajar dikehendaki memasukkan dapatan ke dalam ruang komen. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Perenggan 1 : Pendahuluan
  • Teks ini mengenai.....
  • Istilah yang digunakan adalah.....

Ini adalah tugasan setiap individu.

Penyumbang dapatan

1. Perenggan 1 : Pendahuluan = Aisyah
2. Perenggan 2 : Isi = Mikhael
3. Perenggan 3 : Isi = Shairul Mirza
4. Perenggan 4 : Isi = MMirza
5. Perenggan 5 : Isi = Mohit
6. Perenggan 6 : Isi = Izzat
7. Perenggan 7 : Penutup = Abu




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Thursday, 29 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Amalan Membaca)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Amalan Membaca", kamu dikehendaki menganalisanya. Setiap pelajar dikehendaki memasukkan dapatan ke dalam ruang komen. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Perenggan 1 : Pendahuluan
  • Teks ini mengenai.....
  • Istilah yang digunakan adalah.....

Ini adalah tugasan setiap individu.

Penyumbang dapatan

1. Perenggan 1 : Pendahuluan = Mikhael
2. Perenggan 2 : Isi = Shairul Mirza
3. Perenggan 3 : Isi = MMirza
4. Perenggan 4 : Isi = Mohit
5. Perenggan 5 : Isi = Izzat
6. Perenggan 6 : Isi = Abu
7. Perenggan 7 : Penutup = Aisyah




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 27 March 2012

Santapan Minda - Kembara (3ML)



Salam sejahtera semua,
Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Selasa, 27 Mac 2012, Kayu Dalam Alam Melayu
Pautan  : Berita


1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu.  Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

3.  Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepada manusia Melayu dan wajar dihormati”.  Adakah pernyataan ini sesuai pada konteks sekarang?  Berikan pendapat kamu.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 20129 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Santapan Minda - Pendidikan & Pelajar (3ML)


Salam sejahtera semua,
Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Isnin, 26 Mac 2012, Bengkel kongsi idea hadapi gejala IT
Pautan  : Berita

1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan bengkel dengan forum? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, ada disentuh tentang impak negatif daripada media sosial.  Nyatakan dua impak negatif tersebut itu dan jelaskan bagaimana ia boleh dielakkan daripada berlaku dalam kehidupan kamu.  (4 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Media sosial boleh diibaratkan sebagai senjata tajam seperti pisau; terpulang kepada si pengguna menentukan bagaimana ia digunakan dan hasilnya kelak menguntungkan ataupun memudaratkan”.  Adakah kamu bersetuju dengan pernyataan ini?  Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 20129 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Penulisan Jurnal - Mac


Para pelajar arif budiman,

Ini adalah artikel-artikel yang boleh digunakan bagi penulisan jurnal.  Sila pilih salah satu dan letakkan dapatan kamu di buku Jurnal.

1.  Pertandingan Prototaip F1 (ms. 4)
2.  Ratapan Sang Pungguk Sepi (ms. 14)
3.  Kembara Muslim 2011 Warisan Islam (ms. 36) / Hay-on-wye : Kampung buku pertama dunia


Tugasan ini harus dihantar sebelum pukul 11.00 pagi pada 30 Mac 2012.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Penerapan Pemikiran Kritis (Majalah Siswa)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Malu Berbahasa Melayu" di muka surat 48, kamu dikehendaki menganalisanya berdasarkan konsep Paul's Wheels of Reasoning (sila rujuk pada gambar rajah serta penjelasan).



Analisis Petikan (Pemikiran Kritis)

NO.

POINT KEMASUKAN

DAPATAN (BERDASARKAN SOALAN PANDUAN)

1

Tujuan

Apakah jenis petikan ini? Apakah tujuan penulis artikel ini? Mengapa penulis mengarang artikel ini?

2

Bukti/Data

Apakah bukti yang digunakan penulis bagi menguatkan hujahnya? Adakah beliau merujuk pada bahan-bahan lain?

3

Andaian

Apakah andaian penulis berdasarkan isu yang dibentangkan? Apakah andaian penulis pada para pembacanya?

4

Pendapat

Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat siapa? Kumpulan apakah yang diwakili penulis?

5

Konsep

Apakah konsep atau idea yang dibentangkan dalam artikel ini?

6

Kesan

Apakah kesan daripada penulisan isu-isu yang dibentangkan dalam artikel ini?

7

Maksud Tersirat

Apakah maksud tersirat dalam artikel ini? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini?

8

Persoalan

Apakah isu utama yang dibentangkan dalam artikel ini? Adakah isu-isu berkaitan isu utama ini?



Sila letakkan dapatan kamu di ruang komen. Sebagai contoh, saya letakkan dapatan saya bagi Point Kemasukan (1) Tujuan. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Point Kemasukan (1) Tujuan
  • Teks ini adalah teks jenis karangan perbincangan.
  • Tujuan penulis artikel ini adalah untuk membincangkan tentang kegunaan Bahasa Melayu yang semakin hilang unsur kepentingannya.
  • Penulis mengarang artikel ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelbagai pihak - pemerintah dan rakyat Malaysia. Dia ingin pihak pemerintah bersikap lebih proaktif bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu dilestarikan. Selain itu, dia juga ingin rakyat Malaysia melihat potensi Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.

Ini adalah tugasan setiap individu.

Point Kemasukan Penyumbang dapatan

1

Tujuan

oleh Cikgu

2

Bukti/Data

oleh Mohit

3

Andaian

oleh Izzat

4

Pendapat

oleh Aisyah

5

Konsep

oleh Abu

6

Kesan

oleh Mikhael

7

Maksud Tersirat

oleh Shairul Mirza

8

Persoalan

oleh M.Mirza



Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad