Thursday, 26 January 2012

Persembahan Seni Tari oleh Sriwana (18 Feb 2012, 3 petang)

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah pementasan yang boleh kita tontoni. Ia bukanlah suatu yang wajib. Borang 'consent form' akan diberikan pada pelajar yang berminat. Kita akan berjumpa & bersurai di stesen MRT Dhoby Ghaut pada pukul 2.15 petang. Butir-butirnya adalah seperti berikut :

Tarikh : 18 Februari 2012, Sabtu
Waktu : 3 petang
Tempat : Black Box
Tiket : $12 pelajar, $15 dewasa


Sila letakkan di komen jika berminat sebelum hari Ahad, 29 Januari pada pukul 9 malam. Saya perlu buat tempahan secepat mungkin.

Nama :
Kelas :
No. of tiket : Pelajar = ; Dewasa =
Jumlah harga tiket :


Kamu boleh belikan tiket untuk ahli keluarga jika mereka berminat untuk ikut serta. Bayaran boleh dibuat pada minggu depan, selewat-lewatnya 3 Februari 2012. Saya akan membeli tiket-tiket tersebut bagi pihak sekolah.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad



~SRIWANA MEMPERSEMBAHKAN FESONA~


FESONA; satu persembahan seni tari semi kontemporari oleh penari-penari mapan kami usaha mempertingkatkan lagi daya mutu prestasi tari diri. Penari dicabar untuk meneroka lebih jauh lagi dalam meluahkan emosi dan mengekspresikan suatu tarian melalui pergerakan kreasi bagi menyampaikan sesuatu cerita - Satu cabaran besar dengan menggunakan ‘black box’ untuk pementasan bagi julung-julung kalinya.

Menampilkan juga sebuah kreasi tari seorang penari dan koreografer jemputan dari Malaysia, Mohd Zulfarqar Bin Awaluddin yang dikenali dengan nama samarannya 'Belalang' dengan interpretasinya yang tersendiri. Tidak ketinggalan juga Dzul Rabull Jalil seorang pemain keyboard dan pengarah muzik yang kreatif masakini, akan memberikan daya sentuhan muziknya dalam setiap aura dan pesona yang akan dipentaskan nanti.


17 Febuari 2012 (8mlm)
18 Febuari 2012 (3ptg & 8mlm)
Tempat: 90 Goodman Road, Goodman Arts Centre, BLACK BOX
Tiket: $15 (Dewasa) $12 (Pelajar)

Hubungi Sdri. Nurfaezah 91157987 atau Sdri. Tina 93218531 untuk tempahan tiket dan maklumat selanjutnya.
Dapatkan 10% diskaun bagi setiap pembelian 10 tiket.


-Sinopsis-
FESONA menceritakan jalan hidup seorang gadis yang telah dilahirkan diluar ikatan perkahwinan. Tangisan bayi yang didengari adalah tangisan sayu dilahirkan ke dunia yang fana dan kejam…seakan dia tahu..
Semakin meningkat dewasa, anak ini telah terjerumus ke dalam kehidupan yang penuh dengan penipuan dan kejahatan. Daripada menjalani kehidupan yang bersih dan suci, beliau telah memilih untuk menjalani kehidupan dunia yang gelap dan menjijikkan.
Setelah mengalami segala kejahatan di dunia nyata, akan adakah penyesalan untuk gadis ini?

Kami berdusta. Kami tamak. Kami menelan harta. Kami mengejarkan kuasa dan wah-wahkan kebanggaan.
Datanglah kau cemburu! Hasat dengki! Nafsu!
Itu suatu premis. Itulah kami. Manusia.
Manusia dianugerahkan nikmat oleh Tuhan - tetapi gagal memahami apabila nikmat itu telah diperolehi, ianya bukan hak mutlak mereka seorang. Nikmat itu hanyalah suatu kepinjaman, sesuatu yang boleh diambil pada bila-bila masa sahaja. Kekejaman dan kezaliman manusia telah sampai ketahap maksimanya dan ini adalah suatu Fenomena. Pesona seorang manusia yang mampu diubah hanya demi kenikmatan Duniawi.

Friday, 13 January 2012

Tugasan Kata Majmuk - 16 Januari 2012

Para pelajar arif budiman,

Ini adalah tugasan yang perlu dilaksanakan. Tarikh penghantaran ialah selewat-lewatnya pada hari Isnin, 16 Januari 2012, 9 malam.

Semua pelajar dikehendaki menyemak dan memahami ketiga-tiga aspek tatabahasa dengan merujuk pada entri setiap kumpulan. Ini akan membantu bila pelajar perlu menyelesaikan latihan ringkas di dalam kelas pada hari Selasa, 17 Januari 2012.

1. Aspek Tatabahasa
  • Kata Nama Majmuk
  • Kata Kerja Majmuk
  • Kata Adjektif Majmuk
2. Tugasan kumpulan

Aspek Tatabahasa Ahli Kumpulan

Kata Nama Majmuk

    • Aisyah, Mikhael

Kata Kerja Majmuk

    • M.Mirza, Abu, S.Mirza

Kata Adjektif Majmuk

    • Izzat, Mohit


3. Lakaran Tugasan

- Teliti & fahami bahan-bahan rujukan - definisi, contoh perkataan

- Tugas - kuiz, lampiran (hanya perlukan 5 minit untuk dilaksanakan)


4. Bahan rujukan

- keynote = rujuk pada nota 2011 atau di googlesite = Kemahiran Berfikir (Bahasa); Kata Majmuk

- bahan-bahan rujukan tambahan


Selamat mengkaji...

Cg Azizah. Ahmad

Thursday, 12 January 2012

Nilai

Norma. Izzat, M. Mirza, Abu, Mikhael

Pembelajaran Berteraskan Konsep - Refleksi Individu 12 Januari 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila letakkan refleksi kamu di bahagian komen. Kamu perlu rujuk pada soalan-soalan berikut. Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum 9 malam, 12 Januari 2012.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan nilai diri?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan norma masyarakat?
  • Adakah norma masyarakat penting? Mengapa?
  • Bagaimana cara untuk mengenali norma masyarakat yang dimiliki seseorang?
  • Apakah nilai masyarakat kamu?


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 10 January 2012

Pembelajaran Berteraskan Konsep - 11 Januari 2012

Para pelajar arif budiman,

Berikut adalah jadual sebagai panduan sepanjang aktiviti hari ini.


NO.

TUGAS

MASA

1

Pembahagian bahan rujukan


2

Baca dan dapatkan idea-idea penting

10 minit

3

Perbincangan berkumpulan - peta minda/nota ringkas

10 minit

4

Pembentangan kumpulan (x3) - 3 minit

10 minit

5

Penilaian individu


6

Refleksi individu - soalan-soalan perbincangan

10 minit


Bahan rujukan

- Kajian Internet :





Perbincangan kumpulan
- Kumpulkan dapatan dalam bentuk peta minda/nota ringkas (dalam format jpeg)
- Masukkan ke dalam entri blog dengan tajuk :

Nota ___ (bahan rujukan) oleh ____ (nama ahli kumpulan)


Pembentangan kumpulan

- Apakah idea/idea-idea yang penting dalam bahan rujukan?
- Apakah kesulitan dalam proses untuk menyatukan idea-idea daripada ahli kumpulan? Bagaimana ia diatasi?
- Satu perkara menarik dalam perbincangan ini?


Penilaian individu
- Berikan pendapat kamu dalam bahagian komen di dalam entri kumpulan tersebut
- Contoh Komen :

Terima kasih atas kesungguhan XXX dalam membuat pembentangan walaupun saya tahu kamu berasa gerun. Melalui pembentangan ini, saya dapati bahawa kumpulan ini tidak dapat mengupas soalan-soalan perbincangan secara teliti. Ada idea yang kurang jelas dan ini membuat saya tidak yakin terhadap dapatan kumpulan kamu.



    Terima kasih.

    Cg Azizah.Ahmad

    Visi & Misi Aisyah 2012

    Saya memilih gambar-gambar ini kerana saya mahu berjaya dalam pelajaran-pelajaran saya dan mengekalkan sikap yang positif. Gambar yang pertama menunjukkan 'positive thinking' dan gambar yang kedua menunjukkan seorang pelajar yang memegang kertas ujiannya dan telah mendapat A*.

    Visi saya: Untuk selalu mengekalkan sikap yang positif supaya dapat berjaya dalam hal-hal yang saya akan menghadapi selama saya hidup.

    Misi saya: Untuk mendapat keputusan-keputusan yang baik, supaya saya dapat pergi ke universiti dan mendapat kerja yang saya minati.

    Visi & Misi Izzat 2012



    Gambar ini tentang menjadi gembira dalam seluruh kehidupan saya. Saya pilih gambar ini kerana saya mahu rasa senang hati dan tidak mahu menyesal dalam kehidupan saya. Saya ingin dapat melihat kembali kehidupan saya dengan senyuman. Itulah maknanya saya telah membuat yang terbaik dalam kehidupan saya dan telah memilih perjalan yang betul. Visi saya adalah untuk menjadi seseorang yang ada akhlak yang baik, berpositive dan bijak. Misi saya pula adalah untuk menjadi bertanggungjawab dengan semua aksi saya untuk menjadi seseorang yang baik supaya jadi bahagia dalam kehidupan.

    Visi & Misi M.Mirza 2012






















































    Saya pilih kedua gambar ini untuk menggambarkan visi & misi saya. Visi saya adalah untuk selalu memilih jalan yang terbaik untuk diri. Terbaik bukan sahaja dari segi pelajaran tetapi dalam cita-cita saya juga. Akhirnya, pada masa hadapan, saya mahu boleh ingat kembali pada waktu saya bersekolah dan rasa puas dan bangga yang saya telah pilih jalan terbaik. Misi saya pula ialah untuk selalu membuat yang terbaik apabila saya ada sesuatu tugas yang harus diselesaikan. Tidak kira ia kerja yang amat besar dan susah, saya tetap akan cuba.

    Visi & Misi Abu Ubaidah 2012


    Saya memilihi gambar ini kerana saya hendak ilmu dan keupayaan untuk lihat masalah dengan dunia. Gambar ini ada sebuah mata seorang dengan bumi dalam matanya. Jadi, Visi saya adalah untuk menyelesaikan semua masalah dengan konteks dunia dan Misi saya adalah untuk terbuka kepada semua ilmu yang baru. Gambar ini menunjukkan bahawa orang yang ada mata ini boleh lihat baik dan buruk dunia. Saya hendak menjadi macam orang itu di masa depan...

    -Abu Ubaidah

    Sunday, 8 January 2012

    Visi & Misi Saya - 9 Januari 2012

    Penghasilan visi & misi 2012,


    Secara individu, kamu dikehendaki melakukan aktiviti ini. Hasil kerja kamu boleh diletakkan di bahagian entri.

    Aktiviti peribadi :
      • Pilih sekeping atau beberapa keping gambar di internet
      • Masukkan entri (visual serta penjelasan) di Blog = Visi & Misi .......(Nama) 2012
      • Penjelasan (dengan menggunakan sekurang-kurangnya 5 potong ayat :
      • Apakah visual tersebut?
      • Mengapa visual itu dipilih bagi menggambarkan visi & misi kamu?

    Cg Azizah.Ahmad

    Visi & Misi - 9 Januari 2012

    Rangsangan visual (sst)

    Sila perhatikan gambar-gambar yang diberikan. Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan rangsangan secara berpasangan/berkumpulan. Kamu boleh letakkan komen kumpulan kamu di bahagian komen. Kamu boleh rujuk pada lelaman sekolah bagi mendapatkan visual yang lebih jelas.
    Soalan-soalan rangsangan :

    • Berdasarkan visi dan misi sekolah kamu, apakah yang ingin dicapai oleh sekolah kamu?
    • Adakah visi dan misi sekolah kamu penting bagi kamu? Mengapa?


    Cg Azizah.Ahmad


    Visi & Misi - 9 Januari 2012

    Rangsangan visual (pendidikan)

    Sila perhatikan gambar-gambar yang diberikan. Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan rangsangan secara berpasangan/berkumpulan. Kamu boleh letakkan komen kumpulan kamu di bahagian komen.


    Soalan-soalan rangsangan :
          • Pada pendapat kamu, apakah perbezaan di antara visi dan misi di kalangan industri dan pendidikan?
          • Apakah persamaan di antara visi & misi dalam bidang pendidikan?
    Cg Azizah.Ahmad

    Visi & Misi - 9 Januari 2012

    Rangsangan visual (industri)

    Sila perhatikan gambar-gambar yang diberikan. Kamu dikehendaki menjawab soalan-soalan rangsangan secara individu. Kamu boleh letakkan komen kamu di bahagian komen.

    Soalan-soalan rangsangan :
      • Pada pendapat kamu, apakah yang dimaksudkan dengan visi dan misi?
      • Apakah perbezaan di antara visi & misi?

    Cg Azizah.Ahmad

    Wednesday, 4 January 2012

    Tahun 2012

    Salam sejahtera para pelajar 3ML,



    Selamat menyambut tahun baru. Semoga kita terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang kita ceburi.

    Selamat berjuang.



    Salam mesra,
    Cg Azizah.Ahmad