Thursday, 12 January 2012

Pembelajaran Berteraskan Konsep - Refleksi Individu 12 Januari 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila letakkan refleksi kamu di bahagian komen. Kamu perlu rujuk pada soalan-soalan berikut. Tugasan ini perlu diselesaikan sebelum 9 malam, 12 Januari 2012.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan nilai diri?
  • Apakah yang dimaksudkan dengan norma masyarakat?
  • Adakah norma masyarakat penting? Mengapa?
  • Bagaimana cara untuk mengenali norma masyarakat yang dimiliki seseorang?
  • Apakah nilai masyarakat kamu?


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

2 comments:

  1. Nilai diri adalah apa yang seorang mendefinasikan salah dan betul untuk dirinya.

    Norma Masyarakat adalah jangkaan masyarakat kepada orang dalamnya.

    Norma Masyarakat penting kerana ia mebuat kita melakukan perkara yang betul lebih dari salah.

    Kita boleh tanya mereka tentang norma mereka atau lihat norma (visi/misi) organisasi yang orang itu di dalam untuk tahu lebih tentangnya (macam sekolah/institusi orang itu)

    Nilai masyarakat saya adalah untuk tolong menolong antara satu sama lain (keluarga)

    ReplyDelete
  2. 1)Nilai diri adalah perkara yang harus berada dengan seseorang pada setiap masa. Ia sesuatu yang orang itu selalu mengikuti dan ia akan menjadi cara hidup.

    2)Norma masyarakat adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dan dilarang dilakukan di masyarakat. Definisi masyarakat pada saya, adalah semua yang berada di sekeliling kita seperti keluarga, kawan, tempat-tempat yang kita pergi seperti di dalam MRT atau bas.

    3)Norma masyarakat amat penting. Tanpa norma-norma, orang boleh buat apa-apa yang dia suka. Ini boleh mengakibatkan sesuatu konflik atau pergaduhan di masyarakat apabila seseorang melakukan sesuatu yang buruk. Contoh adalah pembunuhan atau pencurian di tempat awam.

    4)Kita boleh berinteraksi dengan orang itu, mempelajari cara mereka buat benda dari lelaman web atau tanya orang lain tentang masyarakat tersebut.

    5)Masyarakat dari segi keluarga adalah kasih sayang antara satu sama lain dan hormati ibubapa. Dari segi sekolah pula adalah untuk bersopan santun apabila berkata dengan sesiapa pun, guru atau kawan. Dan juga, untuk menguatkan persahabatan antara satu sama lain. Dari segi awam pula, kita harus bersikap bertangging jawab dengan benda yang kita gunakan seperti tandas awam atau tempat-tempat duduk. Kita harus tahu yang bukan sahaja kita yang menggunakannya tetapi orang lain juga.

    ReplyDelete