Monday, 27 February 2012

Program Bacaan Luas 2012


Para pelajar,

Ini adalah butiran yang boleh digunakan bagi memaklumkan pada ibu bapa kamu.

Program Bacaan Luas 2012
1. Ulasan artikel (dihantar pada setiap hari) di Subjek Blog berdasarkan bahan di Cyberita (kos - percuma).
2. Perkongian kosa kata & makna (dihantar pada setiap hari) serta ulasan arikel (dihantar pada penghujung bulan) daripada bahan Majalah Dewan Siswa.
3. Ulasan buku (dihantar pada penghujung bulan) daripada bahan bacaan di SST (kos - percuma).

Langganan akhbar Berita Harian (sejak 2010) telah ditiadakan memandangkan reviu para pelajar dan guru menunjukkan ia tidak dapat menepati jangkaan pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah melaksanakan inisiatif terbaru dengan melanggan Majalah Dewan Siswa. Setiap pelajar dikehendaki membayar $17.50 bagi 7 edisi (Mac, April, Mei, Julai, Ogos, September, Oktober). Ia digunakan bagi memastikan tahap Bahasa Melayu pelajar SST dinaiktaraf kepada tahap yang lebih tinggi.

Bagi para pelajar yang ingin berkongsi, sila dapatkan pasangan pelajar yang lain agar harga langganan boleh dikongsi. Harap maklum bahawa 7 edisi itu akan juga dikongsi di mana para pelajar perlu mengambil giliran untuk menyimpan setiap edisi. Diharapkan agar kos langganan majalan ini dapat dilaksanakan selewat-lewatnya 7 Mac.

Semoga usaha kita untuk meningkatkan mutu Bahasa Melayu akan terlaksana dengan kerjasama semua pihak. Sila jumpa saya jika inginkan maklumat lebih lanjut.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad


Tuesday, 21 February 2012

Ayat Majmuk - 21 Febuari 2012 (Dokumentari)

Para pelajar,

Terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Ini adalah hasil kerja yang dibuat. Pada pelajar yang lain, sila berikan komen yang memberangsangkan agar kumpulan tersebut dapat memperbaiki hasil kerja pada masa depan. Sila letakkan ia di ruang komen seperti berikut :


Untuk kumpulan Pencemaran / Persahabatan

Sudut pandangan :
1. Maklumat - Adakah maklumat yang diberikan terperinci dan menyeluruh?
2. Grafik - Adakah grafik yang digunakan membantu menerangkan konsep dalam dokumentari?
3. Pendapat individu - Apakah yang menarik atau yang boleh diperbaiki oleh kumpulan ini?



Pencemaran - Oleh Aisyah, Mikhael, Mohit



Persahabatan - Oleh Izzat, M.Mirza & Abu



Salam mesra
Cikgu Azizah.Ahmad

Monday, 13 February 2012

Ayat Majmuk - 13 Febuari 2012

Para pelajar,

Ini adalah dokumentari rujukan yang diperlukan. Ia diikuti oleh beberapa ayat majmuk yang digunakan.




Ayat Majmuk
  • Tanpa air, kehidupan mungkin tidak dapat wujud.
  • Bumi adalah satu-satunya planet di dalam sistem suria yang boleh diduduki manusia.
  • Melalui kajian-kajian meluas yang dijalankannya terhadap air, beliau membuat kesimpulan bahawa air hidup mempunyai karakteristik unik iaitu ia hidup dengan tenaga yang penting.
  • Air hidup dipercayai adalah rahsia di sebalik kesihatan dan kelanjutan usia di tempat-tempat yang tidak tercemar di mana penghuninya mempunyai hayat sehingga melebihi 100 tahun dengan kesihatan yang amat menakjubkan.
Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Sunday, 12 February 2012

Tugasan B.Teks - Gelora (ms. 37)

Para pelajar,

Memandangkan ramai yang belum selesaikan tugasan yang diberi, saya akan menggunakan masa dalam kelas untuk selesaikannya. Kamu diberikan 15 minit untuk selesaikan apa yang perlu. Sementara itu, sila rujuk pada Ayat Majmuk di Googlesite.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Wednesday, 8 February 2012

Tugasan B.Teks - Sinaran (ms. 44)

Para pelajar,

Tugasan ini harus dilakukan hari ini. Sila letakkan jawapan kamu di bahagian komen. Setiap soalan telah diberikan pada setiap individu. Kita akan bincangkan dapatan-dapatan kamu di dalam kelas.

Masukkan komen kamu seperti berikut :

Bahagian A : Kosa Kata
Soalan 1 : bingkas = bangun dengan cepat
Soalan 2 : taulan = kawan / teman / sahabat / rakan / handai

Bahagian B : Pemahaman
Soalan 1 : Apakah tujuan kenduri kesyukuran diadakan di rumah Juriah? (2 markah)
Jawapan : Kenduri kesyukuran diadakan kerana ia meraikan kejayaan pemindahan hati daripada Juriah kepada anaknya yang telah dilakukan dengan baik.


Ini tugasan-tugasan setiap individu.

Mikhael = Kosa Kata (No. 3) (1 markah) & Pemahaman (No. 2) (2 markah)
S.Mirza = Kosa Kata (No. 4) (1 markah) & Pemahaman (No. 3) (2 markah)
Mohit = Kosa Kata (No. 5) (1 markah) & Pemahaman (No. 4) (4 markah)
Abu = Kosa Kata (No. 6) (1 markah) & Pemahaman (No. 5) (2 markah)
Izzat = Kosa Kata (No. 7) (1 markah) & Pemahaman (No. 6) (4 markah)
M.Mirza = Kosa Kata (No. 8) (1 markah) & Pemahaman (No. 7) (4 markah)
Aisyah = Kosa Kata (No. 9) (1 markah) & Pemahaman (No. 8) (4 markah)


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 7 February 2012

Tugasan Pemahaman = Harapan (B.Kerja ms. 39)

Para pelajar,

Tugasan ini harus dilakukan hari ini. Sila letakkan jawapan kamu di bahagian komen. Setiap soalan telah diberikan pada individu dalam kelas. Kita akan bincangkan dapatan-dapatan kamu di dalam kelas.

Masukkan komen kamu seperti berikut :

Jawapan Soalan 1 : ______________________________
Oleh : __________


Ini tugasan-tugasan setiap individu.

Mikhael = Soalan 1
S.Mirza & M.Mirza = Soalan 2
Mohit & Abu = Soalan 3
Abu & Izzat = Soalan 4
Aisyah = Soalan 5


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 6 February 2012

Ujian kelas (1) Bahasa Melayu

Rabu, 15 Februari

Kertas 2
  • Imbuhan (10m)
  • Prosedur Kloz (10m)
  • Pemahaman + Kosa kata (30m)

Pembelajaran Berteraskan Konsep - Pengorbanan (6 Februari 2012)

Para pelajar,

Berdasarkan soalan-soalan rangsangan, sila letakkan jawapan kamu di bahagian komen.

    • Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pengorbanan’?
    • Setakat mana keluarga kamu penting dalam kehidupan kamu? Mengapa?
    • Bagaimana cara untuk merapatkan hubungan di antara ahli keluarga?
    • Apakah yang boleh dilakukan jika ada perselisihan faham di antara ahli keluarga?


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad