Monday, 27 February 2012

Program Bacaan Luas 2012


Para pelajar,

Ini adalah butiran yang boleh digunakan bagi memaklumkan pada ibu bapa kamu.

Program Bacaan Luas 2012
1. Ulasan artikel (dihantar pada setiap hari) di Subjek Blog berdasarkan bahan di Cyberita (kos - percuma).
2. Perkongian kosa kata & makna (dihantar pada setiap hari) serta ulasan arikel (dihantar pada penghujung bulan) daripada bahan Majalah Dewan Siswa.
3. Ulasan buku (dihantar pada penghujung bulan) daripada bahan bacaan di SST (kos - percuma).

Langganan akhbar Berita Harian (sejak 2010) telah ditiadakan memandangkan reviu para pelajar dan guru menunjukkan ia tidak dapat menepati jangkaan pihak sekolah. Oleh itu, pihak sekolah melaksanakan inisiatif terbaru dengan melanggan Majalah Dewan Siswa. Setiap pelajar dikehendaki membayar $17.50 bagi 7 edisi (Mac, April, Mei, Julai, Ogos, September, Oktober). Ia digunakan bagi memastikan tahap Bahasa Melayu pelajar SST dinaiktaraf kepada tahap yang lebih tinggi.

Bagi para pelajar yang ingin berkongsi, sila dapatkan pasangan pelajar yang lain agar harga langganan boleh dikongsi. Harap maklum bahawa 7 edisi itu akan juga dikongsi di mana para pelajar perlu mengambil giliran untuk menyimpan setiap edisi. Diharapkan agar kos langganan majalan ini dapat dilaksanakan selewat-lewatnya 7 Mac.

Semoga usaha kita untuk meningkatkan mutu Bahasa Melayu akan terlaksana dengan kerjasama semua pihak. Sila jumpa saya jika inginkan maklumat lebih lanjut.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad


No comments:

Post a Comment