Wednesday, 8 February 2012

Tugasan B.Teks - Sinaran (ms. 44)

Para pelajar,

Tugasan ini harus dilakukan hari ini. Sila letakkan jawapan kamu di bahagian komen. Setiap soalan telah diberikan pada setiap individu. Kita akan bincangkan dapatan-dapatan kamu di dalam kelas.

Masukkan komen kamu seperti berikut :

Bahagian A : Kosa Kata
Soalan 1 : bingkas = bangun dengan cepat
Soalan 2 : taulan = kawan / teman / sahabat / rakan / handai

Bahagian B : Pemahaman
Soalan 1 : Apakah tujuan kenduri kesyukuran diadakan di rumah Juriah? (2 markah)
Jawapan : Kenduri kesyukuran diadakan kerana ia meraikan kejayaan pemindahan hati daripada Juriah kepada anaknya yang telah dilakukan dengan baik.


Ini tugasan-tugasan setiap individu.

Mikhael = Kosa Kata (No. 3) (1 markah) & Pemahaman (No. 2) (2 markah)
S.Mirza = Kosa Kata (No. 4) (1 markah) & Pemahaman (No. 3) (2 markah)
Mohit = Kosa Kata (No. 5) (1 markah) & Pemahaman (No. 4) (4 markah)
Abu = Kosa Kata (No. 6) (1 markah) & Pemahaman (No. 5) (2 markah)
Izzat = Kosa Kata (No. 7) (1 markah) & Pemahaman (No. 6) (4 markah)
M.Mirza = Kosa Kata (No. 8) (1 markah) & Pemahaman (No. 7) (4 markah)
Aisyah = Kosa Kata (No. 9) (1 markah) & Pemahaman (No. 8) (4 markah)


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

15 comments:

  1. Kosa Kata
    7. didiagnosis - dikenal pasti sesuatu penyakit daripada tanda dan gejalanya

    Pemahaman
    6. Juriah mempunyai majikan yang amat bertimbang rasa. Pertama, Encik Wong, seseorang daripada majikannya, telah memberi Juriah nasihat supaya dia boleh jadi sihat betul. Kedua, majikannya sering memberikan sokongan padu kepada Juriah kerana dia harus rehat dan tidak boleh buat kerja berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosa kata
      = makna bertepatan. Baik!

      Pemahaman
      = isi bertepatan tapi cara penyampaian perlu diperbaiki
      - sokongan padu dengan beri nasihat = isi dan penjelasan yang tepat, baik!
      - 'seseorang daripada majikannya'? = majikan Juriah
      - nasihat yang diberi majikan = boleh sihat semula? boleh bekerja setelah sihat semula?

      Delete
  2. M.Mirza~~
    Kosa kata
    8. kebuntuan = keadaan kehilangan, tidak tahu apa untuk buat

    Pemahaman
    7. Pembedahan itu berjaya kerana akhirnya, Irnah telah mula menyembuh dan dia cergas semula dan begitu selera sekali. Dia pun sudah mula makan dan tidak menghadapi penyakit itu lagi. Dan juga, pembedahan ini telah berjaya untuk membawa keluarga dan rakan-rakan bersama. Pembedahan ini telah berjaya lakukan tersebut dan rakan-rakan dan keluarga semua tolong menolong untuk mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosa kata
      = makna bertepatan, baik!

      Pemahaman
      = 2 isi serta penjelasan yang menepati soalan tapi perlu perbaiki cara penyampaian agar lebih jelas
      - '...mula menyembuh...' = mula sembuh?
      - '...berjaya untuk membawa keluarga dan rakan-rakan bersama.?" = menyatupadukan orang yang terdekat dengannya apabila mereka berusaha untuk membantunya?

      Delete
  3. Abu Ubaidah~~

    Kosa Kata
    6. Purata = Nilai yang diperoleh dengan membahagikan jumlah sebilang kuantiti.

    Pemahaman
    5. Sumbangan masyarakat kepada keluarga Juriah adalah mereka menderma duit untuk rawatan anak Juriah. Mereka juga menyokong Juriah dengan mendermakan hatinya kepada anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosa kata
      = perkataan 'sebilang kuantiti' kurang menepati konteks pemahaman, sila perbaiki.

      Pemahaman
      = 2 isi yang bersesuaian tapi perlu perbaiki cara ia disampaikan
      - derma duit = penjelasan yang baik
      - menyokong Juriah = dengan melakukan sesuatu? beri sokongan?

      Delete
  4. Kosa Kata
    3. Padu = bersatu

    Pemahaman
    2. Irnah tidak dapat menjalani pembedahan pemindahan hati dengan segera kerana dia diletak dalam senarai menanti dan tidak ada ramai penderma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosa kata
      = perkataan kurang menepati konteks pemahaman, sila perbaiki.

      Pemahaman
      = jawapan yang baik.

      Delete
  5. Kosa Kata- Luput - tidak dapat dilupakannya

    Pemahaman - Irnah tidak dapat menjalani pembedahan pemindahan hegati dengan segera kerana penderma organ hati amat berkurangan di singapura dan oleh kerana itu,60% daripada pesakit hati meninggal dunia setiap tahun sementara menunggu pemindahan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosa kata
      = jawapan yang salah, sila perbaiki dengan merujuk pada kamus.

      Pemahaman
      = kamu sepatutnya menjawab soalan 3
      = sila perbaiki

      Delete
  6. Pemindahan- Mengambil sesuatu dan meletakkan kepada tempat lain

    Pemahaman 4- Masalah datang bertimpa-timpa kepada Juriah kerana anaknya mesti ada pembedahan dan pemindahan akibat penyakitnya. Dia juga harus membayar wang yang banyak untuk proses ini

    MOHIT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosa kata
      = jawapan yang tepat. Baik!

      Pemahaman
      = 2 isi menepati soalan tapi perlukan penjelasan yang lebih menyeluruh
      1 isi = anak perlu pembedahan, penjelasan? Tiada penderma?
      1 isi = kos yang banyak, penjelasan? Tidak mampu?

      Delete
  7. Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.
    Kita akan tunggu dapatan daripada Aisyah sebelum pukul 9 malam hari ini. Jika tidak, beliau akan dikehendaki membantu kawan-kawan dalam menjawab kosa kata no. 9 dan pemahaman no. 8.
    Harapan kita agar Aisyah dapat melakukan bahagiannya agar ia akan memudahkan pelajar lain untuk membuat latihan pemahaman esok.

    ReplyDelete
  8. Kosa Kata 9. Dirundung = Ditimpa

    Pemahaman 8. Satu pengajaran ialah bahawa ibubapa kami sentiasa menyayangi kita, sampai mereka sanggup mendermakan sebahagian heti mereka kepada kami, seperti Juriah yang mendermakan sebahagian hati kepada anaknya, Irnah. Satu lagi pengajaran ialah bahawa terdapat ramai orang yang menghadapi kerosakan hati dan ramai orang juga meninggal dunia kerana tiada orang yang mahu mendermakan hati mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kosa kata
      = menepati soalan, baik!

      Pemahaman
      = salah ejaan, sila perbaiki - 'heti'
      = salah kata ganti nama - 'kami' atau 'kita'
      = ada 2 isi yang bertepatan, baik!

      = isi ke-2 perlu diberikan penjelasan - contoh dari pengalaman Juriah?

      Delete