Thursday, 29 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Amalan Membaca)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Amalan Membaca", kamu dikehendaki menganalisanya. Setiap pelajar dikehendaki memasukkan dapatan ke dalam ruang komen. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Perenggan 1 : Pendahuluan
  • Teks ini mengenai.....
  • Istilah yang digunakan adalah.....

Ini adalah tugasan setiap individu.

Penyumbang dapatan

1. Perenggan 1 : Pendahuluan = Mikhael
2. Perenggan 2 : Isi = Shairul Mirza
3. Perenggan 3 : Isi = MMirza
4. Perenggan 4 : Isi = Mohit
5. Perenggan 5 : Isi = Izzat
6. Perenggan 6 : Isi = Abu
7. Perenggan 7 : Penutup = Aisyah




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 27 March 2012

Santapan Minda - Kembara (3ML)



Salam sejahtera semua,
Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Selasa, 27 Mac 2012, Kayu Dalam Alam Melayu
Pautan  : Berita


1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu.  Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

3.  Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepada manusia Melayu dan wajar dihormati”.  Adakah pernyataan ini sesuai pada konteks sekarang?  Berikan pendapat kamu.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 20129 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Santapan Minda - Pendidikan & Pelajar (3ML)


Salam sejahtera semua,
Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Isnin, 26 Mac 2012, Bengkel kongsi idea hadapi gejala IT
Pautan  : Berita

1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan bengkel dengan forum? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, ada disentuh tentang impak negatif daripada media sosial.  Nyatakan dua impak negatif tersebut itu dan jelaskan bagaimana ia boleh dielakkan daripada berlaku dalam kehidupan kamu.  (4 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Media sosial boleh diibaratkan sebagai senjata tajam seperti pisau; terpulang kepada si pengguna menentukan bagaimana ia digunakan dan hasilnya kelak menguntungkan ataupun memudaratkan”.  Adakah kamu bersetuju dengan pernyataan ini?  Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 20129 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

Penulisan Jurnal - Mac


Para pelajar arif budiman,

Ini adalah artikel-artikel yang boleh digunakan bagi penulisan jurnal.  Sila pilih salah satu dan letakkan dapatan kamu di buku Jurnal.

1.  Pertandingan Prototaip F1 (ms. 4)
2.  Ratapan Sang Pungguk Sepi (ms. 14)
3.  Kembara Muslim 2011 Warisan Islam (ms. 36) / Hay-on-wye : Kampung buku pertama dunia


Tugasan ini harus dihantar sebelum pukul 11.00 pagi pada 30 Mac 2012.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Penerapan Pemikiran Kritis (Majalah Siswa)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Malu Berbahasa Melayu" di muka surat 48, kamu dikehendaki menganalisanya berdasarkan konsep Paul's Wheels of Reasoning (sila rujuk pada gambar rajah serta penjelasan).



Analisis Petikan (Pemikiran Kritis)

NO.

POINT KEMASUKAN

DAPATAN (BERDASARKAN SOALAN PANDUAN)

1

Tujuan

Apakah jenis petikan ini? Apakah tujuan penulis artikel ini? Mengapa penulis mengarang artikel ini?

2

Bukti/Data

Apakah bukti yang digunakan penulis bagi menguatkan hujahnya? Adakah beliau merujuk pada bahan-bahan lain?

3

Andaian

Apakah andaian penulis berdasarkan isu yang dibentangkan? Apakah andaian penulis pada para pembacanya?

4

Pendapat

Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat siapa? Kumpulan apakah yang diwakili penulis?

5

Konsep

Apakah konsep atau idea yang dibentangkan dalam artikel ini?

6

Kesan

Apakah kesan daripada penulisan isu-isu yang dibentangkan dalam artikel ini?

7

Maksud Tersirat

Apakah maksud tersirat dalam artikel ini? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini?

8

Persoalan

Apakah isu utama yang dibentangkan dalam artikel ini? Adakah isu-isu berkaitan isu utama ini?



Sila letakkan dapatan kamu di ruang komen. Sebagai contoh, saya letakkan dapatan saya bagi Point Kemasukan (1) Tujuan. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Point Kemasukan (1) Tujuan
  • Teks ini adalah teks jenis karangan perbincangan.
  • Tujuan penulis artikel ini adalah untuk membincangkan tentang kegunaan Bahasa Melayu yang semakin hilang unsur kepentingannya.
  • Penulis mengarang artikel ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelbagai pihak - pemerintah dan rakyat Malaysia. Dia ingin pihak pemerintah bersikap lebih proaktif bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu dilestarikan. Selain itu, dia juga ingin rakyat Malaysia melihat potensi Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.

Ini adalah tugasan setiap individu.

Point Kemasukan Penyumbang dapatan

1

Tujuan

oleh Cikgu

2

Bukti/Data

oleh Mohit

3

Andaian

oleh Izzat

4

Pendapat

oleh Aisyah

5

Konsep

oleh Abu

6

Kesan

oleh Mikhael

7

Maksud Tersirat

oleh Shairul Mirza

8

Persoalan

oleh M.Mirza



Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad


Sunday, 25 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (E-Learning 23 Mac 2012)


Para pelajar arif budiman,

Sila rujuk pada daftaran tugasan yang dilampirkan. Kamu dikehendaki memberi komen kamu pada hasil karangan rakan kamu. Kamu dikehendaki merujuk pada hasil karangan rakan yang diletakkan di dalam Googlesite E-Learning 23 March - Hasil Karangan. Saya hanya dapat letakkan hasil karangan para pelajar yang telah berikan pada saya. Bagi yang belum menghantarnya, sila emel secepat mungkin. Kamu akan melewatkan kerja kawan kamu.

Komen-komen kamu boleh berpandukan pada soalan-soalan berikut :

1. Adakah kosa kata atau ayat-ayat yang digunakan menunjukkan pengguasaan bahasa yang baik?
2. Adakah gaya/cara penulisan dapat menarik perhatian audiens (kamu)?
3. Apakah yang boleh diperbaiki lagi?

Selain itu, kamu boleh memberi komen-komen yang memberangsangkan. Tulis komen kamu seperti berikut...

Komen untuk rakan saya (nama rakan)
1.
2.
3.

Terima kasih.


Tugasan ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada hari Isnin, 26 Mac sebelum pukul 9 malam.

Terima kasih.

Cikgu Azizah.Ahmad

Wednesday, 21 March 2012

Santapan Minda – Kesihatan Fizikal, Mental & Rohani (Menengah 3ML)

Selamat sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini.

Petikan : Rabu, 21 Mac, Bersemangat ingin turunkan berat badan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah yang perbezaan minat dengan tabiat? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, program LTW (Lose To Win) dikatakan menarik disebabkan cara ia dikendalikan. Nyatakan dua cara itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, Cik Siti menyatakan “Saya seorang yang kalau mahu membuat sesuatu seperti senaman, perlukan keseronokan dengan kawan-kawan. Barulah ada semangat”. Adakah pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 20 March 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 3ML)

Salam sejahtera semua,

Sila buat tugasan ini.

Petikan : Selasa, 20 Mac, Muzikal dalam acara budaya Melayu

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah yang perbezaan cabaran dengan rintangan? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, pengunjung dapat mengalami pengalaman yang pelbagai. Nyatakan dua pengalaman itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, muzikal ‘menjejak perjalanan seorang pemuzik mencapai kejayaan di persada seni dunia meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan’. Adakah tema pada muzikal seperti yang dilaporkan dalam petikan, relevan untuk para pelajar? Berikan pendapat kamu. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 19 March 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.


Petikan : Isnin, 19 Mac 2012, Perkhemahan ajar pelajar adab, kesantunan Melayu

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah yang perbezaan nilai dengan budi? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Wednesday, 7 March 2012

Program Bacaan Luas 2012 - makluman para ibu bapa

Dear ML Students,

Please be informed that ML Unit is embarking on Extensive Reading Programme in Term 2 Week 1. Below are the details,

Key Understanding of the Programme : Reading adds value to life of the reader.

Aims of the Programme :
1. The reading programme aims to inculcate in SST students the love for reading.
2. The reading programme aims to enhance students' learning of the Mother Tongue Languages and culture.
3. The reading programme aims to cultivate their interest in current affairs.

Every Malay students are encouraged to follow the schedule given. This schedule helps to ensure that the students are exposed to various genres, consistently. Hence, do acknowledge the schedule by signing on it.

For the Malay students, please indicate in the Comment below stating "Cikgu, saya telah memaklumkan kepada ibu bapa saya dan mereka telah meletakkan tandatangan mereka. Terima kasih."


Note : 'Majalah Siswa' has not been delivered to the school as of today due to techincal problem at the publishing company. The magazines will be given to the students when they return to school on Term 2 Week 2.

Thanks.
Cikgu Azizah.Ahmad

Sunday, 4 March 2012

Karangan Deskriptif - Rumah Terbuka (Perkongsian)

Para pelajar,

Sila gunakan platform ini untuk berkongsi dapatan daripada analisis teks 'Rumah Terbuka'. Berikut adalah pembahagian tugasan.

  • Mikhael - Penglihatan (Mata) & Sentuhan
  • Mohit - Pendengaran (Telinga) & Rasa (Lidah)
  • Shairul Mirza - Pendengaran (Telinga) & Penghiduan (Hidung)
  • Aisyah - Rasa (Lidah) & Rasa (Hati)
  • Abu Ubaidah - Penglihatan (Mata) & Sentuhan
  • Izzat - Penglihatan (Mata) & Rasa (Hati)
  • M.Mirza - Rasa (Hati) & Sentuhan



Sila klik di pautan ini agar dapat mengakses dokumen ini.


Terim kasih.

Cg Azizah.Ahmad