Thursday, 29 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Amalan Membaca)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Amalan Membaca", kamu dikehendaki menganalisanya. Setiap pelajar dikehendaki memasukkan dapatan ke dalam ruang komen. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Perenggan 1 : Pendahuluan
  • Teks ini mengenai.....
  • Istilah yang digunakan adalah.....

Ini adalah tugasan setiap individu.

Penyumbang dapatan

1. Perenggan 1 : Pendahuluan = Mikhael
2. Perenggan 2 : Isi = Shairul Mirza
3. Perenggan 3 : Isi = MMirza
4. Perenggan 4 : Isi = Mohit
5. Perenggan 5 : Isi = Izzat
6. Perenggan 6 : Isi = Abu
7. Perenggan 7 : Penutup = Aisyah




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

11 comments:

  1. Perenggan 5 : Isi

    Isi: Perpustakaan adalah tempat yang baik untuk anak-anak mendapat pelbagai ilmu kerana ada banyak bahan bacaan yang disediakan di situ.

    Huraian: Kalau anak-anak diajak untuk pergi ke perpustakaan dengan biasa oleh ibu bapa mereka, mereka akan lebih terbuka untuk membaca pelbagai bahan bacaan.

    Contoh: Anak-anak boleh memilih bahan bacaan yang diminati. Ibu bapa mereka tidak perlu membeli buku-buku untuk anak mereka kerana mereka hanya meminjam buku lalu mereka pun menjimatkan wang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:
      Perenggan 5 : Isi

      Isi: Perpustakaan adalah tempat yang baik untuk anak-anak mendapat pelbagai ilmu kerana ada banyak bahan bacaan yang disediakan di situ.

      Huraian: Kalau anak-anak diajak untuk pergi ke perpustakaan dengan biasa oleh ibu bapa mereka, mereka akan lebih terbuka untuk membaca pelbagai bahan bacaan. Ibu bapa tidak perlu membeli buku untuk anak-anak mereka kerana mereka hanya meminjam buku sahaja.

      Contoh: Anak-anak boleh memilih bahan bacaan yang diminati. Ibu bapa pun menjimatkan wang dengan kunjungan mereka ke perpustakaan.

      Delete
  2. Penutup:

    - Teks ini meringkaskan apa yang dikatakan dalam Isi. Ia mengatakan bahawa ibubapa patut luangkan masa untuk bersama anak mereka.

    - Ia juga kata bahawa kanak-kanak menguti contoh ibubapa mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. - Ia juga kata bahawa kanak-kanak mengikuti contoh ibubapa mereka.

      Delete
  3. Perenggan 6

    Isi

    Ibu bapa boleh mendorong anak mereka membaca dengan memberi mereka buah tangan atau wang.

    Huraian

    Buah tangan dan wang memberikan dorongan kepada anak untuk lebih membaca dan akan menjadi suatu inspirasi supaya mereka membaca secara sukarela

    Contoh

    Anak-anak akan memohon untuk bahan membaca dalam sebulan.

    ReplyDelete
  4. Perenggan 3 : Isi = MMirza

    Topik: Ibubapa harus menyediakan bahan bacaan untuk kanak-kanak mereka jadi membaca menjadi sesuatu budaya.

    Huraian: Apabila bahan-bahan ini disediakan kanak-kanak yang membacanya akan lebih matang dan cemerlang dalam bidang akademik. Walaupun keuntungan ini bukan sesuatu yang boleh dilihat pada jangkal masa yang pendek, akhirnya ada juga maanfaat kepada anak tersebut.

    Contoh: Bahan bacaan yang boleh disediakan adalah seperti, Asuh, e-Bacaan, Kawan dan sebagainya. Ini semua bahan bacaan yang ilmiah

    M.Mirza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huraian: Bila ada bahan bacaan, anak-anak akan rasa seronok dan mahu membaca. Selain dari pergi ke perpustakaan yang boleh menjadi agak jauh dan susah untuk pergi.

      Delete
  5. Perenggan 1 : Pendahuluan

    Teks ini mengenai ia adalah penting untuk kanak-kanak mendengar ibu bapa membaca buku kepada mereka

    Istilah yang digunakan adalah moral ibu bapa adalah sangat penting apabila baca kepada anak

    ReplyDelete
  6. Perenggan 2

    -Isi di dalam teks ini adalah ibu bapa ialah modal insan untuk anak-anak.

    -Untuk itu,ibu bapa hendaklah menerapkan budaya membaca dalam kehidupan seharian

    -Ibu bapa hendaklah membudayakan amalan mulia ini di hadapan anak-anak di samping mengajak mereka membaca bersama-sama

    Mirza

    ReplyDelete
  7. Isi dalam teks ini adalah bahawa perpustakaan adalah harta ilmu.
    Orang pergi ke perpustakaan untuk membaca buku untuk menambahkan ilmu.

    Anak-anak perlu dibiasakan dengan gedung ilmu ini. Ibu bapa juga boleh menolong anak-anak mereka meneroka pelbagai ilmu yang boleh diperolehi.

    Kunjungan ke perpustakaan akan menanam minat membaca di kalangan kanak-kanak.

    ReplyDelete