Tuesday, 27 March 2012

Penerapan Pemikiran Kritis (Majalah Siswa)

Para pelajar arif budiman,

Setelah membaca teks "Malu Berbahasa Melayu" di muka surat 48, kamu dikehendaki menganalisanya berdasarkan konsep Paul's Wheels of Reasoning (sila rujuk pada gambar rajah serta penjelasan).



Analisis Petikan (Pemikiran Kritis)

NO.

POINT KEMASUKAN

DAPATAN (BERDASARKAN SOALAN PANDUAN)

1

Tujuan

Apakah jenis petikan ini? Apakah tujuan penulis artikel ini? Mengapa penulis mengarang artikel ini?

2

Bukti/Data

Apakah bukti yang digunakan penulis bagi menguatkan hujahnya? Adakah beliau merujuk pada bahan-bahan lain?

3

Andaian

Apakah andaian penulis berdasarkan isu yang dibentangkan? Apakah andaian penulis pada para pembacanya?

4

Pendapat

Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat siapa? Kumpulan apakah yang diwakili penulis?

5

Konsep

Apakah konsep atau idea yang dibentangkan dalam artikel ini?

6

Kesan

Apakah kesan daripada penulisan isu-isu yang dibentangkan dalam artikel ini?

7

Maksud Tersirat

Apakah maksud tersirat dalam artikel ini? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini?

8

Persoalan

Apakah isu utama yang dibentangkan dalam artikel ini? Adakah isu-isu berkaitan isu utama ini?



Sila letakkan dapatan kamu di ruang komen. Sebagai contoh, saya letakkan dapatan saya bagi Point Kemasukan (1) Tujuan. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Point Kemasukan (1) Tujuan
  • Teks ini adalah teks jenis karangan perbincangan.
  • Tujuan penulis artikel ini adalah untuk membincangkan tentang kegunaan Bahasa Melayu yang semakin hilang unsur kepentingannya.
  • Penulis mengarang artikel ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelbagai pihak - pemerintah dan rakyat Malaysia. Dia ingin pihak pemerintah bersikap lebih proaktif bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu dilestarikan. Selain itu, dia juga ingin rakyat Malaysia melihat potensi Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.

Ini adalah tugasan setiap individu.

Point Kemasukan Penyumbang dapatan

1

Tujuan

oleh Cikgu

2

Bukti/Data

oleh Mohit

3

Andaian

oleh Izzat

4

Pendapat

oleh Aisyah

5

Konsep

oleh Abu

6

Kesan

oleh Mikhael

7

Maksud Tersirat

oleh Shairul Mirza

8

Persoalan

oleh M.Mirza



Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad


13 comments:

  1. Pendapat:~

    Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat Muhamad Aiman Azahan. Penulis ini mewakili kumpulan orang Melayu yang mahu orang berhenti rasa malu untuk berbahasa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat penulis. Penulis ini mewakili kumpulan jenis orang Melayu dari Malaysia yang patriotik.

      Delete
  2. Konsep
    Apakah konsep atau idea yang dibentangkan dalam artikel ini?

    Konsep yang diberikan dalam artikel ini adalah bahawa orang Malaysia tidak mesti malu menggunakan bahasa melayu kerana ia dapat menyatukan orang dari bangsa dan agama yang lain, oleh itu, ia manfaatkan negara Malaysia dengan banyak.

    ( Saya rasa penulis artikel ini hendak menggalakkan pembaca artikel dari negara Malaysia untuk pilihkan bahasa melayu antara bahasa yang lain untuk menyatukan negara dan juga membuat orang lebih patriotik kerana dia menggunakan sebuah konsep macam ini. )

    - Abu Ubaidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep yang diberikan dalam artikel ini adalah bahawa orang Malaysia tidak mesti malu menggunakan Bahasa melayu kerana ia dapat menyatukan orang dari bangsa dan agama yang lain, oleh itu, ia banyak manfaatkan negara Malaysia.

      ( Saya rasa penulis artikel ini hendak menggalakkan pembaca artikel dari negara Malaysia untuk pilih bahasa melayu selain bahasa yang lain untuk menyatukan negara dan juga membuat orang lebih patriotik kerana dia menerapkan identiti. )

      - Abu Ubaidah (Pembetulan)

      Delete
  3. Point Kemasukan (8) Persoalan

    Isu utama adalah orang-orang pada zaman ini telah menganggap bahasa Melayu seperti sesuatu yang tidak penting dan bahasa Inggeris seperti sesuatu yang menunjukkan kebijakkan seseorang. Ini adalah isu sosial yang dihadapi dan akan semakin teruk jika tidak diperbaikkan. Ramai orang lebih pentingkan bahasa asing dari bahasa negara sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu utama adalah orang-orang pada zaman ini telah menganggap bahasa Melayu seperti sesuatu yang tidak penting dan bahasa Inggeris seperti sesuatu yang menunjukkan kebijaksanaan seseorang. Ini adalah isu sosial yang dihadapi dan akan menjadi teruk jika tanggapan tidak diubah . Ramai orang lebih pentingkan bahasa asing dari bahasa kebangsaan sendiri.

      -Mirza-

      Delete
  4. Point Kemasukan (3) Andaian
    Andaian penulis adalah bahawa ia tidak betul bahawa orang berbahasa Inggeris lebih maju daripada orang yang berbahasa Melayu, dan juga bahasa Melayu amat penting untuk rakyat Malaysia.

    Andaian penulis pada para pembacanya adalah untuk mereka tahu bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia, lalu warganegara mereka semua harus bertanggungjawab untuk bersama-sama berusaha untuk terus memantapkan penggunaan bahasa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan:
      Point Kemasukan (3) Andaian
      Andaian penulis adalah bahawa bahasa Melayu juga boleh memajukan rakyatnya, dan juga bahasa Melayu amat penting untuk rakyat Malaysia.

      Andaian penulis pada para pembacanya adalah bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia, lalu warganegara mereka semua harus bertanggungjawab untuk sama-sama berusaha untuk terus memantapkan penggunaan bahasa Melayu.

      Delete
  5. Apakah maksud tersirat dalam artikel ini? Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan intonasi dan pendirian penulis artikel ini?

    Maksud tersirat dalam artikel in adalah untuk menggunakan bahasa melayu lebih.Penulis artikel ini memberitahu orang lain untuk jangan mahu bercakap dalam bahasa melayu.

    MirzaD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud tersirat dalam artikel ini adalah untuk menggunakan bahasa Melayu lebih banyak.Penulis artikel ini cubua memberitahu orang lain untuk jangan malu bercakap dalam bahasa Melayu.

      Mirza

      Delete
  6. Point Kemasukan (6) Kesan

    Kesan artikel ini ialah generasi ini tidak hendak berbual dalam bahasa melayu dan hendak bual bahasa ingerris kerana malu bercakap bahasa melayu kerana ia dilihat seperti sebuah bahasa yang kebawah Ingerris. Artikel ini ditulis untuk memberitahu orang bahasa melayu tidak sebuah bahasa yang bawah

    ReplyDelete
  7. Bukti/Data
    Apakah bukti yang digunakan penulis bagi menguatkan hujahnya? Adakah beliau merujuk pada bahan-bahan lain?

    Bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar kepada negara.Buktinya adalah 'Ketika Tanah Melayu berusaha menuntut kemerdekaan,British telah meletakkan perpaduan kaum sebagai syarat penting'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar kepada negara.Buktinya adalah 'Ketika Tanah Melayu berusaha menuntut kemerdekaan,British telah meletakkan perpaduan kaum sebagai syarat penting'.

      *DIa menekankan bahawa setiap warga negara Malaysia harus bertutur dalam bahasa Melayu.Bahasa Melayu boleh memajukan negara.

      Delete