Tuesday, 27 March 2012

Santapan Minda - Kembara (3ML)



Salam sejahtera semua,
Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.

Petikan  :  Selasa, 27 Mac 2012, Kayu Dalam Alam Melayu
Pautan  : Berita


1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu.  Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

3.  Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepada manusia Melayu dan wajar dihormati”.  Adakah pernyataan ini sesuai pada konteks sekarang?  Berikan pendapat kamu.  (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 29 Mac 20129 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

6 comments:

  1. 1. Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan?

    Dalam konteks kesenian, warisan adalah kesenian yang telah diamalkan selama beberapa generasi sehingga ia menjadi budaya.

    2. Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu. Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu.

    Dua semangat tersebut adalah semangat tinggi dan semangat rendah. Kayu yang bersemangat tinggi digunakan untuk perkakas-perkakas yang lebih berwibawa seperti hulu-hulu keris, objek-objek adat, pintu dan sebagainya. Kayu yang bersemangat rendah digunakan untuk kegunaan harian.

    3. Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepada manusia Melayu dan wajar dihormati”. Adakah pernyataan ini sesuai pada konteks sekarang? Berikan pendapat kamu.

    Ia tidak sesuai kepada konteks masa kini, kerana ramai orang tidak peduli lagi tentang pohon dan alam sekitar, akibat keselesaan moden, tetapi ia sesuai kepada konteks Singapura kerana kami tetap cuba mendapatkan negara yang 'berwarna hijau' dan lebih banyak orang mengambil berat tentang alam sekitar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 1 = 1 markah
      • Perlu jelaskan maksud kesenian.

      Soalan 2 : 4 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!

      Soalan 3 : 4 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!

      Jumlah = 9/10

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1)Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan? (2 markah)

    Kesenian adalah sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan oleh sesiapa tetapi warisan adalah sesuatu kesenian yang diajar dan dilatih pada suatu generasi ke yang lain.

    2)Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu. Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

    Kayu mempunyai semangat tersendiri iaitu semangat tinggi dan semangat rendah. Kayu yang bersemangat tinggi boleh digunakan sebagai perkakas-perkakas yang lebih berwibawa seperti hulu-hulu keris, objek-objek adat, pintu dan lain-lain. Kayu bersemangat rendah pula digunakan untuk kegunaan harian.

    3)Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepada manusia Melayu dan wajar dihormati”. Adakah pernyataan ini sesuai pada konteks sekarang? Berikan pendapat kamu. (4 markah)

    Ia tidak sesuai pada konteks sekarang kerana kayu tidak dihargai seperti zaman dahulu. Pada zaman dahulu, orang banyak menggunakan kayu pada aktiviti-aktiviti seharian mereka. Mereka juga tinggal di kampung dan mereka mereka dibuat oleh kayu. Zaman sekarang sudah semakin moden, kami menggunakan bahan-bahan lain seperti besi atau simen atau lain-lain lagi. Kerana kita melihat dan menggunakan benda-benda ini dalam kehidupan kita, kita menganggap ia seperti lebih penting dan bernilai dari kayu.

    M.Mirza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Pembetulan
      - "pada suatu generasi ke yang lain" = "daripada suatu generasi kepada generasi seterusnya"

      Soalan 2 : 4 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "mereka" = "keperluan"
      - "Kerana" = "Oleh kerana"

      Jumlah = 8.5/10

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :
    Apakah yang perbezaan kesenian dengan warisan? (2 markah)

    Kesenian adalah sesuatu aktiviti (artistik) yang semua orang boleh lakukan manakalah warisan adalah sesuatu budaya/kesenian yang didapati daripada generasi yang lain.

    2. Bloom’s Taxanomy – Applying :
    Dalam petikan ini, kayu mempunyai semangat tersendiri dalam konteks masyarakat Melayu. Nyatakan dua semangat itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

    Kayu mempunyai semangat tinggi dan semangat rendah. Kayu semangat tinngi digunakan untuk perkakas-perkakas yang lebih berwibawa seperti hulu-hulu keris, objek-objek adat, pintu dan sebagainya. Kayu yang bersemangat rendah boleh digunakan untuk kegunaan harian.


    3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
    Dalam petikan ini, “Pohon dilihat sebagai ‘sabahat’ kepada manusia Melayu dan wajar dihormati”. Adakah pernyataan ini sesuai pada konteks sekarang? Berikan pendapat kamu. (4 markah)


    Saya rasa pernyataan itu sesuai pada konteks sekarang kerana walaupun generasi sekarang tidak hormati pohon macam kehormatan generasi zaman dahulu kepada pohon, warisan yang diwarisi oleh generasi yang baru masih sama dengan zaman yang dahulu. Sebagai contoh, orang Melayu masih menggunakan pemaparan pohon sebelum setiap persembahan wayang kulit bermula. Ini menunjukkan kita bahawa warisan dan budaya melayu untuk menghormati pohon masih hadiri dalam kesenian tradisi orang Melayu.

    -Abu Ubaidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah..."
      • Pembetulan
      - "manakalah " = "manakala"

      Soalan 2 : 4 markah
      • Isi & huraian yang tepat. Baik!

      Soalan 3 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      • Isi & huraian tepat. Baik!
      • Pembetulan
      - "macam kehormatan" = "seperti mana"

      Jumlah = 8.5/10

      Terima kasih.

      Delete