Tuesday, 20 March 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 3ML)

Salam sejahtera semua,

Sila buat tugasan ini.

Petikan : Selasa, 20 Mac, Muzikal dalam acara budaya Melayu

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah yang perbezaan cabaran dengan rintangan? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, pengunjung dapat mengalami pengalaman yang pelbagai. Nyatakan dua pengalaman itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, muzikal ‘menjejak perjalanan seorang pemuzik mencapai kejayaan di persada seni dunia meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan’. Adakah tema pada muzikal seperti yang dilaporkan dalam petikan, relevan untuk para pelajar? Berikan pendapat kamu. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

6 comments:

  1. Apakah yang perbezaan cabaran dengan rintangan? (2 markah)

    Cabaran adalah ajakan manakala rintangan adalah gangguan.

    Dalam petikan ini, pengunjung dapat mengalami pengalaman yang pelbagai. Nyatakan dua pengalaman itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

    Pertama, pengunjung dapat menyaksikan pelbagai pameran kebudayaan dan seni Melayu kerana sebuah Muzikal tentangnya dan juga pameran seperti permainan tradisional, pakaian tradisional dan lain-lain. Kedua, pengunjung pun dapat belajar tentang budaya Melayu dengan belajar untuk membuat bakul dan juga melukis batik.

    Dalam petikan ini, muzikal ‘menjejak perjalanan seorang pemuzik mencapai kejayaan di persada seni dunia meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan’. Adakah tema pada muzikal seperti yang dilaporkan dalam petikan, relevan untuk para pelajar? Berikan pendapat kamu. (4 markah)

    Saya rasa ia relevan untuk para pelajar kerana mereka akan belajar bahawa mereka boleh mengejar impian mereka walaupun ada cabaran dan rintangan. Dengan ini, mereka akan lebih yakin dengan mereka sendiri untuk menjadi seseorang yang telah berjaya pada zaman depan dan bahaya kerana tidak berputus asa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 -0.5 = 1.5 markah

      • Isi bertepatan. Baik!
      • Pembetulan
      - mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."


      Soalan 2 : 4 - 0.5 = 3.5 markah

      • Pembetulan
      - "tentangnya" = "mengenainya"


      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah

      • Perlu tambah contoh pada kededua isi

      Jumlah = 6.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1)Apakah yang perbezaan cabaran dengan rintangan? (2 markah)

    Cabaran adalah untuk uji bakat kita tetapi rintangan adalah untuk menentang dan larang kita dari membuat sesuatu.

    2)Dalam petikan ini, pengunjung dapat mengalami pengalaman yang pelbagai. Nyatakan dua pengalaman itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

    Pertama, pengunjung akan terdedah kepada seni-seni melayu dan cara ia dipersembahkan. Dalam acara ini, pengunjung akan menghayati muzikal yang akan ada pelbagai pakaian dan permainan tradisional. Kedua, pengunjung dapat tahu makanan-makanan tradisional melayu. Pada acara ini, pengunjung akan diberi pilihan epokepok, puteri salat, bingka ubi dan lapis nyonya.

    3)Dalam petikan ini, muzikal ‘menjejak perjalanan seorang pemuzik mencapai kejayaan di persada seni dunia meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan’. Adakah tema pada muzikal seperti yang dilaporkan dalam petikan, relevan untuk para pelajar? Berikan pendapat kamu. (4 markah)

    Pada pendapat saya, ia relevan kerana muzikal ini akan mengajar kita tentang cara untuk menghadapi cabaran dan rintangan yang akan kita menghadapi dalam hidup kita ini. Ia juga pasti akan mengajar kita untuk selalu berusaha dan tidak memutus asa untuk mencapai cita-cita kita.

    M.Mirza~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 markah

      • Isi bertepatan. Baik!


      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Pembetulan
      - "melayu" = "Melayu"
      - "akan ada " = "mempamerkan"
      - "epokepok" = "epok-epok"

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah

      • Perlu tambah contoh pada kededua isi

      Jumlah = 6 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  3. Apakah yang perbezaan cabaran dengan rintangan? (2 markah)

    Cabaran adalah tantangan tetapi rintangan adalah sesuatu yang hindarkan diri kita.

    Dalam petikan ini, pengunjung dapat mengalami pengalaman yang pelbagai. Nyatakan dua pengalaman itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

    Pengunjung dapat mengalami budaya muzikal Melayu macam Dikir Barat, Nyanyian, dan pelbagai lagi. Penjunjung juga dapat tahu bagaimana buat seni Melayu macam membuat bakul, melukis batik dan sebagainya.



    Dalam petikan ini, muzikal ‘menjejak perjalanan seorang pemuzik mencapai kejayaan di persada seni dunia meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan’. Adakah tema pada muzikal seperti yang dilaporkan dalam petikan, relevan untuk para pelajar? Berikan pendapat kamu. (4 markah)

    Saya rasa ia relevan kerana pertama, tidak ramai pelajar di Singapura berani mengambil kursus seni dalam university dan mereka semua mesti cuba. Kedua, seni adalah sebuah cara untuk mengekspresi diri kita dan ia boleh menyebabkan kepada banyak kebaikkan

    Abu Ubaidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 0 markah

      • Penjelasan tidak tepat. Harap dapat dielakkan.

      Soalan 2 : 4 - 2 = 2 markah

      • Perlu ada bukti bagi kededua isi.

      Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah

      • Isi yang tepat. Baik!

      • Pembetulan
      - "university" = "universiti"

      • Salah imbuhan
      - "mengekspresi" = "mengekspresikan"

      Jumlah = 5 / 10

      Terima kasih.

      Delete