Wednesday, 21 March 2012

Santapan Minda – Kesihatan Fizikal, Mental & Rohani (Menengah 3ML)

Selamat sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini.

Petikan : Rabu, 21 Mac, Bersemangat ingin turunkan berat badan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah yang perbezaan minat dengan tabiat? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, program LTW (Lose To Win) dikatakan menarik disebabkan cara ia dikendalikan. Nyatakan dua cara itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, Cik Siti menyatakan “Saya seorang yang kalau mahu membuat sesuatu seperti senaman, perlukan keseronokan dengan kawan-kawan. Barulah ada semangat”. Adakah pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

6 comments:

  1. Apakah yang perbezaan minat dengan tabiat? (2 markah)

    Minat adalah keinginan apabila tabiat adalah kebiasaan.

    Dalam petikan ini, program LTW (Lose To Win) dikatakan menarik disebabkan cara ia dikendalikan. Nyatakan dua cara itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

    Senaman lebih menarik kerana kerana pertama, ia lebih kreatif dan tidak bosankan. Kedua, ia akan menjadi sebuah tabiat kerana mereka akan senam dengan secara konsisten.

    Dalam petikan ini, Cik Siti menyatakan “Saya seorang yang kalau mahu membuat sesuatu seperti senaman, perlukan keseronokan dengan kawan-kawan. Barulah ada semangat”. Adakah pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)


    Ya, ia bertepatan dengan apa yang dia lakukan kerana pertama, Cik Siti Sofawati dan rakan-rakan dalam kumpulannya diajar membuat perancangan makanan bagi dua atau tiga hari. Bagaimanapun, Cik Siti bersenam sendiri sahaja, tanpa LTW.

    -Abu Ubaidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah

      • Isi yang tepat. Baik!
      • Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."

      Soalan 2 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah

      • Perlu bukti bagi kededua isi.

      • Salah imbuhan
      - "bosankan" = "membosankan"
      - "senam dengan secara" = "bersenam secara"

      Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah

      • Perlu tambah 1 isi & huraian


      Jumlah = 4.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  2. 1)Apakah yang perbezaan minat dengan tabiat? (2 markah)

    Minat adalah kemahuan kita tetapi tabiat adalah kebiasaan.

    2)Dalam petikan ini, program LTW (Lose To Win) dikatakan menarik disebabkan cara ia dikendalikan. Nyatakan dua cara itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

    LTW dikatakan menarik kerana ia dapat membuat senaman kita menjadi sesuatu tabiat. Jurulatih untuk senaman ini akan memberi banyak sokongan dan juga memberangksangkan mereka untuk membuat senaman ini sesuatu tabiat. Dan juga, LTW dikendalikan dalam cara yang kreatif dan menarik. Dengan ini orang-orang semua tidak akan rasa bosan dan mereka akan mahu menyertai lebih kepada acara ini.

    3)Dalam petikan ini, Cik Siti menyatakan “Saya seorang yang kalau mahu membuat sesuatu seperti senaman, perlukan keseronokan dengan kawan-kawan. Barulah ada semangat”. Adakah pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

    Ya, pendapat Cik Siti bertepatan dangan apa yang dilakukannya. Cik Siti bersama rakan-rakannya bersenam bersama. Dan juga, mereka belajar tentang berjaga makanan mereka bersama.

    Mirza~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah

      • Isi yang tepat. Baik!
      • Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."

      Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2.5 markah

      • Pembetulan
      - "memberangksangkan" = "menggalakkan"
      - "sesuatu" = "sebagai"
      - "menyertai lebih kepada" = "lebih aktif dalam"

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah

      • Perlu tambah 1 isi & huraian

      • Pembetulan
      - "berjaga makanan" = "penjagaan pemakanan"


      Jumlah = 5.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  3. Apakah yang perbezaan minat dengan tabiat? (2 markah)

    Minat adalah keinginan manakala tabiat adalah perangai.

    Dalam petikan ini, program LTW (Lose To Win) dikatakan menarik disebabkan cara ia dikendalikan. Nyatakan dua cara itu dan berikan bukti daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

    Pertama, program LTW dijalankan dengan membuatkan senaman sebagai suatu tabiat dan dengan itu, mereka akan dapat motivasi untuk membuat senaman dengan konsistensi. Kedua, program LTW dijalankan dengan cara kreatif supaya ia tidak membosankan untuk para pelanggan.

    Dalam petikan ini, Cik Siti menyatakan “Saya seorang yang kalau mahu membuat sesuatu seperti senaman, perlukan keseronokan dengan kawan-kawan. Barulah ada semangat”. Adakah pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

    Pendapat Cik Siti bertepatan dengan apa yang dilakukannya kerana dia telah belajar bagaimana hendak menurunkan badannya dengan kawan-kawannya dalam sekumpulan. Dengan itu, dia ada sokongan daripada rakan-rakannya untuk turunkan berat badan dan juga mereka membuatnya sama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah

      • Isi yang tepat. Baik!
      • Perlu mulakan ayat dengan "Perbezaan tersebut adalah....."

      Soalan 2 : 4 markah

      • Isi yang tepat. Baik!

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah

      • Perlu tambah 1 isi & huraian

      • Pembetulan
      - "dalam sekumpulan" = "secara berkumpulan"


      Jumlah = 7 / 10

      Terima kasih.

      Delete