Monday, 19 March 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Salam sejahtera semua,

Ini tugasan untuk hari ini. Selamat mencuba. Sila letakkan jawapan kamu di ruang komen pada entri ini.


Petikan : Isnin, 19 Mac 2012, Perkhemahan ajar pelajar adab, kesantunan Melayu

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah yang perbezaan nilai dengan budi? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran, pada pukul 9 malam ini.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

10 comments:

  1. Apakah yang perbezaan nilai dengan budi? (2 markah)

    Nilai adalah sesuatu hati nurani yang kita semua ada untuk hidup dengan lebih baik tetapi budi adalah asas kepada bagaimana kita akan reaksi apabila kita ada masalah dalam hidup.

    Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. (4 markah)

    Dua aspek budi yang disentuh adalah nilai merendah diri dan nilai kehormatan. Saya rasa ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu kerana pertama, nilai merendah diri membuat kita ada sebuah minda yang terbuka kepada idea yang baru, kedua, nilai kehormatan membuat kita memahami orang lain dengan lebih baik apabila cuba belajar sesuatu yang baru.

    Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

    Pada pendapat saya, perkhemehan yang tersebut dalam petikan dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar kerana pertama, ia mengajar murid darjah lima bagaimaimana mereka boleh menghormati seorang tua. Daripada teks, " perbuatan membongkok sedikit dan bergerak ke tangan orang-orang tua nampak lebih seni dan nampak hormatnya". Perkhemahan ini juga memastikan bahawa orang berkerjasama dengan kawan mereka kerana mereka selalu membuat kerja kumpulan, murid-murid dalam gambar artikel ini sedang berkerjasama sebagai sebuah kumpulan.

    -Abu Ubaidah

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      - salah susunan = "kita akan reaksi" kepada "reaksi kita"

      • Soalan 2 : 4 markah
      - percubaan yang baik!

      • Soalan 3 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      - salah ejaan = "perkhemehan" kepada "perkhemahan"; "bagaimaimana " kepada "bagaimana"

      Jumlah Markah = 8.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  2. Apakah yang perbezaan nilai dengan budi? (2 markah)

    Nilai adalah prinsip ataupun standard tingkah laku seseorang manakala budi adalah kebijaksanaan perbuatan baik seseorang.

    Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. (4 markah)

    Dua aspek yang disentuh adalah nilai kedirian, iaitu nilai merendah diri, dan juga nila kekitaan, iaitu mengutamakan kepentingan masyarakat. Dengan merendah diri, ia lebih senang untuk kita belajar Bahasa Melayu kerana kita boleh fikir dengan tenang dan kita lebih memahami sesuatu. Dengan nilai kekitaan, kita boleh jadi lebih rapat dengan orang-orang di masyarakat kita, dan kita boleh belajar lebih tentang mereka dan budaya mereka supaya dapat pengetahuan yang lebih luas, bukan dalam budaya Melayu sahaja.

    Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

    Saya rasa bahawa perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar kerana murid-murid dapat belajar dengan mempraktikan perbuatan baik dengan kawan-kawan. Murid-murid dapat belajar bersama-sama dan dengan itu, mereka lebih ceria untuk belajar budi yang baik. Murid-murid pun dapat belajar perbuatan baik sekecil semacam membongkok sedikit dan bergerak ke tangan orang-orang tua nampak lebih seni dan nampak hormatnya ialah perbuatan baik. Dengan ini, murid-murid tahu bahawa kita boleh menunjukkan sifat baik walaupun sekecilnya kerana ia masih memanfaatkan untuk kehidupan semua orang di dunia ini dan kita boleh hidup dengan gembira sama-sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 markah
      - percubaan yang baik!

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 = 3 markah
      - salah perkataan = "nila " kepada "nilai"
      - salah kata hubung = "di masyarakat kita" kepada "dalam masyarakat kita"

      • Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      - salah perkataan = "sekecil semacam " kepada "seperti"; "sekecilnya " kepada "ia kecil"
      - salah imbuhan = "mempraktikan" kepada "mempraktikkan"

      - huraian isi bertepatan tapi tiada contoh daripada petikan

      Jumlah Markah = 6 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  3. 1) Apakah yang perbezaan nilai dengan budi? (2 markah)

    Nilai adalah sesuatu yang kita melatihkan pada setiap hari dalam hidup kita. Ini adalah seperti kehormatan dan bersopan-santun. Budi pula, adalah sesuatu yang kita percaya kita harus lakukan pada masa yang tertentu seperti jika kita bekerja, kita mahu kelihatan kemas, selalu berfokus dan membuat yang terbaik.

    2)Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

    Dua aspek budi yang disentuh adalah nilai kedirian dan nilai kehormatan.
    Nilai Kedirian, kita harus selalu merendahkan diri dan tidak berkata besar terhadap sendiri. Jika kita melatihkan nilai ini, lebih ramai orang akan menyukai kita, dan suka bersama kita. Kita pula akan ada ramai kawan yang boleh membantu. Dan juga, kita lebih berhati-hati sebelum kita bercakap sesuatu jadi kita tidak menyakitkan hati orang lain atau tersilap kata.
    Nilai Kehormatan, Kita harus selalu hormat orang lain bukan hanya orang yang lebih tua tetapi kawan sebaya juga. Dalam budaya melayu, ada perkara-perkara kecil yang dibuat untuk menunjukkan kehormatan seperti meletakkan satu tangan di belakang dan satu di hadapan kita dan membongkok sedikit apabila menjalani hadapan seseorang yang sedand membuat sesuatu seperti menonton televisyen.

    3)Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan.

    Ya, ia bertepatan kerana kami tahu daripada teks bahawa ia mengatakan yang ,"ia mengenalkan peserta kepada nilai dan budi Melayu daripada pelbagai aspek dan menerusi aktiviti menarik seperti membaca sajak dan persembahan drama." Ini memberitahu kita yang kita murid-murid ini mempelajari daripada membuat sesuatu seni atau aktiviti yang mereka suka. Cara ini amat baik dan murid akan pelajari dari pengalaman sendiri. Teks juga memberi kita pendapat seorang murid yang telah melalui perkhemahan tersebut dan dia telah mengatakan apa yang dia pelajari iaitu kepentingan nilai-nilai ini.


    M.Mirza~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 0.5 markah
      - salah imbuhan = "melatihkan " kepada "latih"; "berfokus" kepada "fokus"
      - salah perkataan = "hidup" kepada "kehidupan"

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      - mulakan ayat dengan "Untuk Nilai Kendiri...."
      - salah imbuhan = "melatihkan " kepada "menerapkan"
      - salah kata hubung = "melayu" kepada "Melayu"
      - salah ejaan = "sedand" kepada "sedang"

      • Soalan 3 : 4 - 0.5 = 3.5 markah
      - salah perkataan = "yang kita " kepada "bahawa"


      Jumlah Markah = 6 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  4. 1. Apakah yang perbezaan nilai dengan budi? (2 markah)

    Nilai adalah sifat ketinggian moral walaupun budi ialah kebijaksanaan perbuatan baik seseorang.


    2. Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. (4 markah)

    Dua aspek yang disntuh islah nilai kedirian dan nilai merendah diri. Dalam aspek nilai kedirian, kita selalu mesti merendahkan diri dan jangan berkata besar terhadap sendiri. Dalam aspek nilai merendah diri, minda kami lebih terbuka kepada idea orang lain yang baru.

    3.Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

    Saya fikir murid-murid juga dapat belajar dengan perbuatan baik yang kecil semacam membongkok dan bergerak ke tangan orang-orang tua nampak lebih seni dan nampak hormatnya. Dengan ini, murid boleh memberitahu bahawa kami boleh menunjukkan sifat baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      - salah kata hubung = "walaupun" kepada "manakala"

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      - salah perkataan = "terhadap sendiri" kepada "terhadap diri sendiri"
      - salah ejaan = "disntuh" kepada "disentuh"; "islah" kepada "ialah"
      - perlu jelaskan dengan contoh dalam kelas Bahasa Melayu

      • Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      - kupasan isi yang baik
      - perlu tambah 1 isi dan huraian beserta contoh


      Jumlah Markah = 5.5 / 10

      Terima kasih.

      Delete
  5. Apakah yang perbezaan nilai dengan budi?

    Nilai adalah sesuatu yang selalu dipraktikkan dalam kehidupan kita.

    Dalam petikan ini, lima aspek budi disentuh . Nyatakan dua aspek itu dan jelaskan bagaimana ia boleh diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

    Dua aspek yang disentuh adalah nilai kedirian atau merendah diri dan nilai kehormatan, iaitu mengutamakan kepentingan masyarakat. Jika kami merendahkan diri dan tidak bersikap sombong, ramai orang akan menghormati kita dan kami akan mempunyai lebih kawan.Kami juga harum menghormati kawan-kawan kami dan orang tua kami.

    Dalam petikan ini, perkhemahan ini dapat menjana budi yang baik dalam diri pelajar. Adakah pendapat ini bertepatan? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti daripada petikan.

    Dalam petikan ini, kami dapat tahu bahawa 'Perkhemahan ini banyak mengajar kami tentang pentingnya bersopan santun dan beradab, terutama kepada orang lebih tua. Saya juga seronok membaca sajak dan membuat persembahan bersama rakan-rakan.' Perkhemahan sangat baik kerana mereka boleh belajar dari pengalaman sendiri dan lain lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. • Soalan 1 : 2 - 1 = 1 markah
      - tiada makna untuk 'budi'

      • Soalan 2 : 4 - 0.5 - 0.5 - 1 - 1 = 1 markah
      - salah kata ganti nama = "kita kepada "kami"
      - salah ejaan = "harum" kepada "harus"
      - perlu jelaskan dengan contoh dalam kelas Bahasa Melayu

      • Soalan 3 : 4 - 2 = 2 markah
      - kupasan isi kurang jelas


      Jumlah Markah = 4 / 10

      Terima kasih.

      Delete