Monday, 16 April 2012

Kelas Bahasa Melayu - 17 April 2012


Para pelajar arif budiman,

Maaf kerana saya tidak dapat hadir pada hari Selasa, 17 April. Sila pastikan kamu duduk di kelas sendiri dan selesaikan tugasan yang diberikan. Kamu dikehendaki rujuk pada arahan-arahan berikut bagi memastikan masa kamu digunakan sebaik mungkin.

1. Rujuk pada Googlesite-ML.

2. Pergi ke Bahagian Kemahiran Berfikir (Bahasa). Klik pada pautan (link) Latihan Bahasa - Kertas Peperiksaan.

3. Muat turun dokumen Latihan 1 (Bahasa-Soalan)_3ML.

4. Tulis jawapan untuk semua bahagian. Kamu dikehendaki menggunakan kertas foolscap sendiri.

5. Hantar pada wakil kelas sejurus selepas berakhirnya waktu kelas Bahasa Melayu. Kamu dikehendaki hantar kertas jawapan sama ada kamu sudah selesai ataupun belum.

6. Wakil kelas akan masukkan kertas kawan-kawan ke dalam peti surat saya di luar bilik guru.

7. Wakil kelas = Mohit.


Semoga masa dimanfaatkan sebaik-baiknya. Terima kasih.

Salam mesra,
Cg Azizah.Ahmad





Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Petikan : Isnin, 16 April 2012, Kawal risiko di dalam talian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘memuat naik’ dengan ‘memuat turun’? (2 markah)



2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, apakah yang perlu kamu lakukan untuk mengawal keselamatan kamu di ruang siber? Nyatakan dua cara tersebut? Jelaskan dengan menyatakan mengapa cara itu dilakukan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Laman rangkaian sosial kian menjadi pelantaran lumayan untuk aplikasi pihak ketiga.” Pada pendapat kamu, mengapakah laman rangkaian sosial menjadi tumpuan para penjenayah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 19 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 9 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Para pelajar,

Ini tugasan untuk minggu ini. Selamat membaca!

Petikan : Isnin, 9 April 2012, Disiplin kunci kejayaan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘taktik dengan ‘strategi? (2 markah)


2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, Said Mahdi ada menyatakan bahawa latihan SAF bermanfaat untuk

dirinya. Apakah dua manfaat tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan.

(4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “…saya (Said Mahdi) turut menggiatkan latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).” Pada pendapat kamu, adakah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 12 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 3 April 2012

Santapan Minda – Kembara (Menengah 3ML)

Petikan : Selasa, 3 April 2012, Menuntut Ilmu Sampai Ke Beijing-Xian

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara istilah tamadun dan zaman? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, pengalaman ke tempat peninggalan sejarah meninggalkan kesan pada penulis. Nyatakan dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Kunjungan ke Beijing dan Xian ibarat kelas Sejarah di luar bilik darjah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Monday, 2 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Para pelajar arif budiman,

Ini tugasan pada minggu ini.

Bagi para pelajar yang tidak melaksanakan tugasan minggu lepas (26 Mac atau 27 Mac), kamu dikehendaki untuk membuat kededua ulasan akhbar (2 April & 3 April) untuk pastikan kamu dapat latihan yang secukupnya. Pelajar-pelajar tersebut : Izzat, Mohit, Shairul Mirza, Mikhael.

Bagi pelajar-pelajar lain, kamu hanya dikehendaki melaksanakan ulasan akhbar untuk 2 April dan/atau 3 April.

_____________________________________________________________________

Petikan : Isnin, 2 April 2012, Murid raih manfaat sokongan badan amal

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘bantuan’ dengan ‘sokongan’? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, ada disentuh tentang kesan daripada bantuan yang dihulurkan pihak TYA. Apakah dua kesan tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Perbincangan (Amalan Membaca)

Para pelajar arif budiman,

Setelah menganalisa teks "Amalan Membaca", kamu dikehendaki melakar karangan eksposisi.

Soalan : Amalan membaca dapat melahirkan generasi yang berjaya. Bincangkan peranan sekolah dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.

Setiap pelajar dikehendaki memasukkan dapatan ke dalam ruang komen. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Perenggan 1 : Pendahuluan
  • Teks ini mengenai.....
  • Istilah yang digunakan adalah.....

Ini adalah tugasan setiap individu.

Penyumbang dapatan

1. Perenggan 1 : Pendahuluan = Aisyah
2. Perenggan 2 : Isi = Mikhael
3. Perenggan 3 : Isi = Shairul Mirza
4. Perenggan 4 : Isi = MMirza
5. Perenggan 5 : Isi = Mohit
6. Perenggan 6 : Isi = Izzat
7. Perenggan 7 : Penutup = Abu




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad