Monday, 2 April 2012

Perbincangan (Amalan Membaca)

Para pelajar arif budiman,

Setelah menganalisa teks "Amalan Membaca", kamu dikehendaki melakar karangan eksposisi.

Soalan : Amalan membaca dapat melahirkan generasi yang berjaya. Bincangkan peranan sekolah dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar.

Setiap pelajar dikehendaki memasukkan dapatan ke dalam ruang komen. Kamu boleh letakkan dapatan kamu seperti berikut :

Perenggan 1 : Pendahuluan
  • Teks ini mengenai.....
  • Istilah yang digunakan adalah.....

Ini adalah tugasan setiap individu.

Penyumbang dapatan

1. Perenggan 1 : Pendahuluan = Aisyah
2. Perenggan 2 : Isi = Mikhael
3. Perenggan 3 : Isi = Shairul Mirza
4. Perenggan 4 : Isi = MMirza
5. Perenggan 5 : Isi = Mohit
6. Perenggan 6 : Isi = Izzat
7. Perenggan 7 : Penutup = Abu




Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

8 comments:

  1. Perenggan 3
    Kita boleh promosikan buku-buku di perperiksaan sekolah.Ia akan meningkatkan kesedaran para pelakar tentang jenis-jenis buku yang ada di perpustakaan seikolah. Contohnya,ada pakaran buku pelbagai genre setiap penggal di perpustakaan dan ia akan meneperti citarasa pembaca yang berbeza.

    Mirza D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi- Promosikan buku-buku di perpustakaan sekolah

      Huraian-Meningkatkan kesedaran para pelajar tentang jenis-jenis buku yang ada

      Contoh- Adakan pakeran buku pelbagai genre setiap penggal di perpustakaan -> meneperti citarasa pembaca yang berbeza.

      Delete
  2. Perenggan 4: M.Mirza

    Isi: Adakan bilik yang specifik di dalam kawasan sekolah.

    Huraian: Bilik ini akan dihiaskan dengan perabot-perabot seperti kerusi dan meja yang selesa kepada murid sekolah. Ia juga akan menjadi sesuatu tempat yang tidak bising dan sesuai untuk pelajar-pelajar membaca dengan aman. Dengan tempat ini, pelajar akan menggunakan masa lapang mereka untuk membaca di bilik yang disediakan

    Contoh: Pergi membaca setiap minggu sekali di dalam bilik ini bersama rakan-rakan setelah belajar untuk menghilangkan tekanan jika ada.

    ReplyDelete
  3. Perenggan 6: Isi

    Isi: Memberi hadiah dan ganjaran kepada pelajar yang sering meminjam buku daripada perpustakaan.

    Huraian: Ganjaran atau hadiah yang dijanjikan akan memberi motivasi untuk pelajar membaca banyak buku dan pelajar mendapat banyak ilmu di samping hadiahnya.

    Contoh: Sesuatu hadiah akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang membaca tiga buku dalam sebulan.

    ReplyDelete
  4. Perenggan 7 : Penutup

    Jadi, ia penting untuk sekolah mendedahkan pelajar mereka dengan pelbagai bacaan dan mengusaha untuk dapat pelajar mereka baca supaya ia menjadi sebuah tabiat mereka sendiri. Sekolah merupakan sebuah aspek yang besar dalam kehidupan kanak-kanak dan jika sekolah berupaya untuk membuat murid mereka membaca, mereka akan membangunkan tabiat dan sebuah cinta kepada bahasa.

    -Abu

    ReplyDelete
  5. Pendahuluan:

    Pihak sekolah ada peranan yang besar dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Mereka adalah orang-prang yang mendidik pelajar-pelajar tersebut dan kebanyakan pendidikan pelajar tersebut didapati daripada pihak sekolah. Ini menyebabkan pihak sekolah dapat mempromosikan amalan membaca lebih baik daripada pihak lain. Oleh itu, peranan pihak sekolah mempromosikan amalan membaca sangat penting.

    ReplyDelete
  6. Perenggan 2 :

    Isi: Memberikan para pelajar masa untuk membaca sebelum sekolah untuk mendapat lebih berminat membaca buku.

    Huraian: Masa itu akan menolong pelajar membaca kerana tidak ada kesesatan dan ia akan menolongnya kerana ia sebuah masa yang boleh membaca sahaja.

    Contoh: Mereka akan membaca pada masa itu kerana ia aktiviti sahaja yang mereka boleh buat.

    ReplyDelete
  7. Isi- Guru-guru boleh membawa murid-murid ke perpustakaan nasional satu hari sebulan.

    Huraian- Ini boleh membuka nafsu mereka untuk membaca dan mereka boleh meneroka berbagai-bagai genre buku.

    Contoh- Anak anak akan mempunyai pilihan untuk membaca buku yang diminati dan akan menggalakkan pemikiran kreatif.

    ReplyDelete