Monday, 2 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Para pelajar arif budiman,

Ini tugasan pada minggu ini.

Bagi para pelajar yang tidak melaksanakan tugasan minggu lepas (26 Mac atau 27 Mac), kamu dikehendaki untuk membuat kededua ulasan akhbar (2 April & 3 April) untuk pastikan kamu dapat latihan yang secukupnya. Pelajar-pelajar tersebut : Izzat, Mohit, Shairul Mirza, Mikhael.

Bagi pelajar-pelajar lain, kamu hanya dikehendaki melaksanakan ulasan akhbar untuk 2 April dan/atau 3 April.

_____________________________________________________________________

Petikan : Isnin, 2 April 2012, Murid raih manfaat sokongan badan amal

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘bantuan’ dengan ‘sokongan’? (2 markah)

2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, ada disentuh tentang kesan daripada bantuan yang dihulurkan pihak TYA. Apakah dua kesan tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 5 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

5 comments:

  1. 1. Apakah perbezaan di antara ‘bantuan’ dengan ‘sokongan’? (2 markah)

    Bantuan adalah sesuatu yang diberikan atau dilakukan untuk membantu manakala sokongan adalah perbuatan menyatakan persetujuan dan memberi perangsang dengan atau tanpa buatan kebendaan.

    2. Dalam petikan ini, ada disentuh tentang kesan daripada bantuan yang dihulurkan pihak TYA. Apakah dua kesan tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

    Selain tuisyen, anak-anak berpeluang menyertai pelbagai permainan, kelas seni, perkhemahan, lawatan dan sesi perkongsian yang dianjurkan TYA untuk menolong mereka yang kurang berpendapatan. TYA pun menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya dan dengan itu, anak-anak itu tidak ada sebanyak kesusahan kalau tiada pertolongan.

    3. Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

    Saya rasa ia cukup berfaedah kerana dengan menjaga 400 anak-anak sahaja, anak-anak itu semua tidak akan rasa banyak kesusahan kerana akan mendapat lebih pertolongan daripada TYA, kerana TYA boleh menggunakan untuk membuat khidmat yang lebih baik untuk anak-anak itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 -0.5 = 1.5 markah
      • Isi bertepatan. Baik!
      • Pembetulan
      - "buatan kebendaan." = "aspek kebendaan"

      Soalan 2 : 4 - 1 - 0.5 = 2.5 markah
      • Isi & huraian perlu lebih jelas = kelas tambahan dapat mengisi masa lapang, bantuan kewangan untuk menampung keluarga untuk sementara waktu
      • Pembetulan
      - "tidak ada sebanyak kesusahan kalau tiada pertolongan." = "dapat menampung mereka jika belum dapat pertolongan yang diperlukan"

      Soalan 3 : 4 - 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu tambah 1 isi & huraian
      • Pembetulan
      - "tidak akan rasa banyak kesusahan" = "tidak akan rasa terlalu terbeban"

      Jumlah = 5.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  2. 1)Apakah perbezaan di antara ‘bantuan’ dengan ‘sokongan’? (2 markah)

    Bantuan adalah sesuatu yang diberi kepada seseorang secara fizikal dan sesuatu kerja dapat diselesaikan. Sokongan pula boleh menjadi seperti kata-kata atau nasihat yang baik untuk motivasikan seseorang.

    2) Dalam petikan ini, ada disentuh tentang kesan daripada bantuan yang dihulurkan pihak TYA. Apakah dua kesan tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

    Pertama, bantuan yang dihulurkan oleh pihak TYA boleh meningkatkan pelajaran murid-murid. Murid-murid dapat peluang untuk menghadiri kelas tuisyen sehari seminggu. Kedua, bantuan tersebut boleh mengajar murid seni-seni atau permainan yang lain. Murid darjah lima Sekolah Rendah Ngee Ann berpeluang menyertai pelbagai permainan, kelas seni, perkhemahan, lawatan dan sesi perkongsian yang dianjurkan TYA.

    3. Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

    Saya rasakan yang ini adalah sesuatu yang amat berfaedah. Duit yang besar seperti begitu akan banyak membantu 400 anak-anak yang memerlukannya. Duit ini juga adalah untuk membayar untuk program-program dan acara yang anak-anak ini tidak akan melalui jika mereka tidak mempunyai wang yang banyak..

    M.Mirza~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 markah
      • Isi bertepatan. Baik!

      Soalan 2 : 4 markah
      • Isi & huraian jelas. Baik!

      Soalan 3 : 4 - 1 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 1.5 markah
      • Perlu lebih jelas dalam mengutarakan pendapat = wang yang banyak dapat membantu ramai anak-anak, anak-anak itu akan dapat peluang menyertai program-program pengayaan ('enrichment')
      • Pembetulan
      - "Duit yang besar" = "Jumlah duit yang banyak"
      - "membayar untuk" = "membiayai"
      - "tidak akan melalui" = "tidak akan berpeluang menyertai"

      Jumlah = 7.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  3. 1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :
    Apakah perbezaan di antara ‘bantuan’ dengan ‘sokongan’? (2 markah)

    Bantuan diberi kepada sebuah pihak yang menolong sebuah pihak yang lain apabila sokongan adalah macam bantuan, tetapi ia tidak bantuan fizikal sahaja, ia lebih ke aspek moral.


    2. Bloom’s Taxanomy – Applying :
    Dalam petikan ini, ada disentuh tentang kesan daripada bantuan yang dihulurkan pihak TYA. Apakah dua kesan tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)


    Bantuan oleh TYA boleh meningkatkan darjat seorang pelajar kerana mereka dapat peluang untuk menghadiri kelas tuisyen. TYA pun cuba mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik dibawa jaganya supaya mereka tidak perlu bantuan lain.


    3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
    Dalam petikan ini, “Menerusi acara itu, TYA menyasarkan dapat mengumpul sebanyak $225,000 bagi membiayai khidmat dan program untuk 400 anak-anak kurang bernasib baik di bawah jagaannya.” Pada pendapat kamu, adakah cara ini berfaedah? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

    Saya rasa ia akan berfaedah kerana pertama, $225 000 adalah sebuah kuantiti yang besar untuk wang dan ia boleh dapat menolong orang yang memerlukan duit jikalau keluraga mereka tiada banyak dapatan. Ia juga memastikan bahawa mereka terlibat dalam acara jikalau mereka tiada wang.

    ReplyDelete