Monday, 9 April 2012

Santapan Minda – Pendidikan & Pelajar (Menengah 3ML)

Para pelajar,

Ini tugasan untuk minggu ini. Selamat membaca!

Petikan : Isnin, 9 April 2012, Disiplin kunci kejayaan

Pautan : Berita

1. Bloom’s Taxanomy – Understanding :

Apakah perbezaan di antara ‘taktik dengan ‘strategi? (2 markah)


2. Bloom’s Taxanomy – Applying :

Dalam petikan ini, Said Mahdi ada menyatakan bahawa latihan SAF bermanfaat untuk

dirinya. Apakah dua manfaat tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan.

(4 markah)

3. Bloom’s Taxanomy – Analyzing :

Dalam petikan ini, “…saya (Said Mahdi) turut menggiatkan latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).” Pada pendapat kamu, adakah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Khamis 12 April 2012, 9 malam.

Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

5 comments:

  1. 1. Apakah perbezaan di antara 'taktik' dengan 'strategi'? (2 markah)

    Taktik adalah sebuah rancangan untuk mencapai suatu objektif yang tertentu, tetapi strategi adalah sebuah rancangan untuk mencapai suatu objektif yang lebih luas.

    2. Dalam petikan ini, Said Mahdi ada menyatakan bahawa latihan SAF bermanfaat untuk dirinya. Apakah dua manfaat tersebut? Berikan bukti-bukti daripada petikan. (4 markah)

    Dua manfaat yang tersebut adalah bahawa latihan SAF mengajarnya tentang cara-cara memimpin askar, taktik dan strategi pertempuran serta pengetahuan asas ketenteraan dan juga bahawa latihan SAF mengajar saya tentang betapa pentingnya disiplin diri dan bagaimana memimpin dengan lebih baik, kerana tanpa disiplin, apa-apa pun yang diinginkan atau yang ingin diusahakan agak sukar diperoleh.

    3. Dalam petikan ini, “…saya (Said Mahdi) turut menggiatkan latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara (NS).” Pada pendapat kamu, adakah penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara? Berikan pendapat kamu dan jelaskan jawapan kamu dengan mengemukakan bukti-bukti. (4 markah)

    Pad pendapat saya, ia amat penting untuk mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara kerana ia amat penting untuk memastikan bahawa negara kami adalah tempat yang selamat. Untuk memastikan ini, ia penting untuk mempunyai tentera yang baik untuk mempertahankan negara kami dalam kecemasan. Kalaulah tentera-tentera kami tidak mengikuti latihan jasmani sebelum menjalani Perkhidmatan Negara, mereka akan perlu lebih banyak masa untuk melatih, dan jumlah tentera kami akan lebih berkurangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kerana tidak buat santapan minda yang lalu.

      Delete
    2. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Mulakan ayat dengan..."Perbezaan tersebut adalah...."

      Soalan 2 : 4 - 1 - 0.5 - 0.5 = 2 markah
      • Isi & huraian perlu lebih jelas. Gunakan kata ganti diri orang ketiga - "dia" / "beliau"
      • Pembetulan
      - "diperoleh" = "diperolehi"

      Soalan 3 : 4 - 1 - 0.5 - 0.5 - 0.5 - 0.5 = 1 markah
      • Huraian perlu lebih jelas.
      • Pembetulan
      - "Pad" = "Pada"
      - "Untuk memastikan ini" = "Oleh itu"
      - "melatih" = "mempersiapkan diri untuk perang"
      - "jumlah tentera kami akan lebih berkurangan" = "kekuatan tentera kami akan lebih berkurangan"

      Jumlah = 4.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete
  2. 1. Apakah perbezaan di antara 'taktik' dengan 'strategi'? (2 markah)

    Taktik adalah sesuatu cara/idea yang seorang ada untuk mengharapkan sesuatu masalah tetapi strategi adalah macam sesuatu pelan yang kukuh untuk mengharap sesuatu masalah dalam jangka panjang.

    - Abu Ubaidah

    (Cont. Reply)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan 1 : 2 - 0.5 = 1.5 markah
      • Jawapan yang jelas. Baik!
      • Mulakan ayat dengan..."Perbezaan tersebut adalah...."
      • Pembetulan
      - "mengharapkan / mengharap" = "menghadapi"

      Jumlah = 1.5 / 10
      Terima kasih.

      Delete