Wednesday, 18 July 2012

Pengingatan


Bawa kamus esok(Khamis 19 Julai) yang akan digunakan untuk peperiksaan.

Respons pada blog (Rabu 18 Julai)

Buat pemahaman soalan 1-8 sebelum klas esok (Khamis 19 Julai)

Tuesday, 17 July 2012

Kerja Rumah untuk Selasa, 17/7/2012

Selamat sejahtera semua,

Harap membawa Buku Teks esok dan baca ms 33 dan 34.

Terima Kasih

Monday, 16 July 2012

Majlis Perkahwinan - Perbandingan

Para pelajar arif budiman,

Selepas menonton video ini, kamu dikehendaki untuk berkongsi pendapat berdasarkan soalan-soalan berikut. Letakkan dapatkan kamu di ruang komen.

1. Apakah persamaan di kededua majlis perkahwinan ini?
2. Apakah perbezaan di kededua majlis perkahwinan ini?
3. Pada pendapat kamu, majlis perkahwinan yang mana satu pilihan kamu? Mengapa?


Majlis Perkahwinan A




Majlis Perkahwinan B





Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Friday, 13 July 2012

Acara Bulan Bahasa 2012

Kepada Waris Para Pelajar,

Dengan sukacitanya, pihak sekolah memaklumkan tentang aktiviti yang boleh diikuti para pelajar SST serta ahli keluarga masing-masing. Memandangkan Unit Bahasa Melayu SST mempunyai hubungan kerja yang erat dengan pihak NLB, kami amat mengalu-alukan sokongan para pelajar serta ahli keluarga dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak NLB.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang diadakan di Perpustakaan Daerah Jurong (Jurong Regional Library). Semua pelajar dijemput hadir untuk mana-mana aktiviti. Ahli keluarga dijemput hadir bagi memeriahkan acara Bulan Bahasa 2012.

PERPUSTAKAAN DAERAH JURONG, SABTU, 14 JULAI 2012

MASA

AKTIVITI

TEMPAT

PENYERTAAN (√)

2.30 – 3 ptg

Aktiviti Bercerita

Kawasan Perpustakaan

3.15 – 3.45 ptg

11 pg – 1 ptg

Bual-bual Seni – Bual & Tunjuk oleh Sri Warisan

Programme Zone

2 – 5 ptg

Alunan Ekspresiku oleh Jawatankuasa Penganjur Bulan Bahasa 2012

Daerah

Verging All Teens

1 – 5 ptg

Pondok Aktiviti oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)

Kawasan Perpustakaan

2 – 3 ptg

Sembang Sastera : Cerna Ilham

Programme Zone

3 – 4 ptg

Pelabgai Inspirasi, Satu Suara: 365 Tukilan Menemani Anda Setiap Hari oleh Rita Zahara & Sarkasi Said

Programme Zone

4 – 5 ptg

Celatah Si Comel oleh Warna

Kawasan Perpustakaan

4 – 5 ptg

Sembang Dikir : Menjana Identiti Tulisan Kita oleh Lam Soon MAEC Youth, Keris Movements

Programme Zone

Sekian terima kasih.

Cikgu Azizah Bte Ahmad

bagi pihak Jabatan Bahasa Ibunda, Sekolah Sains & Teknologi

Perbincangan Kelas (17 Julai) - Adat & Budaya Melayu

Para pelajar arif budiman,

Sila buat rujukan peribadi untuk topik Adat & Budaya Melayu berdasarkan pada soalan-soalan yang diberikan. Letakkan komen-komen kamu di ruang yang disediakan. Ia harus dilakukan sebelum waktu kelas pada hari Selasa, 17 Julai 2012.

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan adat/budaya Melayu?
2. Mengapakah adat/budaya Melayu diamalkan dalam masyarakat?
3. Siapakah yang mengikuti adat/budaya tersebut?
4. Berikan salah satu contoh adat/budaya Melayu. Bagaimana adat/budaya ini dilakukan?

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad