Friday, 13 July 2012

Perbincangan Kelas (17 Julai) - Adat & Budaya Melayu

Para pelajar arif budiman,

Sila buat rujukan peribadi untuk topik Adat & Budaya Melayu berdasarkan pada soalan-soalan yang diberikan. Letakkan komen-komen kamu di ruang yang disediakan. Ia harus dilakukan sebelum waktu kelas pada hari Selasa, 17 Julai 2012.

Soalan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan adat/budaya Melayu?
2. Mengapakah adat/budaya Melayu diamalkan dalam masyarakat?
3. Siapakah yang mengikuti adat/budaya tersebut?
4. Berikan salah satu contoh adat/budaya Melayu. Bagaimana adat/budaya ini dilakukan?

Terima kasih.
Cg Azizah.Ahmad

5 comments:

  1. M.Mirza

    1) Adat/budaya melayu adalah sesuatu yang orang melayu lakukan hingga ia menjadi sesuatu cara hidup dan ia dilatih dari satu generasi ke generasi yang lain.

    2)Adat/budaya melayu diamalkan kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk buat dan juga, ia telah menjadi sesuatu norma dalam masyarakat kita. Perkara seperti bersopan santun, menghormati orang yang lebih tua, telah menjadi norma masyarakat kita dan kerana ini, kita pun mengamalkan adat/budaya melayu.

    3)Orang-orang melayu yang ada asal usul dari nenek moyang mereka yang percaya pada adat-adat melayu itu. Selain dari orang ini, orang lain yang sendiri percaya yang adat melayu ini adalah sesuatu yang baik dan harus diamalkan dalam hidup pun akan mengikuti adat/budaya melayu.

    4)Satu contoh adat/budaya Melayu adalah untuk selalu bersikap rendah diri. Kita tidak harus bermegah diri apabila kita telah menangi atau mencapai sesuatu. Kita harus bersikap rendah diri dan tidak menyakiti hati orang lain.

    ReplyDelete
  2. 1) Adat/budaya melayu adalah apa sahaja yang selalu dilakukan oleh orang Melayu macam sebuah tradisi. ( Soalan : 'melayu' - dalam Malaysia, atau orang yang cakap dalam Bahasa Melayu?)

    2) Adat/budaya melayu diamalkan kerana ia memuliakan diri. Ia juga diamalkan kerana ia telah menjadi sesuatu norma, jadi, jikalau seorang tidak mengamalkan tradisi melayu, dia akan ditekan oleh masyarakatnya untuk berperangai betul.

    3) Selalunya, adat/budaya melayu akan diamalkan oleh orang melayu kerana ia sudah menjadi sebuah tradisi selepas masa lama. Generasi lama mengajar generasi-generasi baru tradisi lama supaya ia tidak hilang daripada masyarakat.

    4) Sesuatu contoh untuk adat/budaya melayu adalah menghormati warga emas dalam masyarakat mereka. ( Soalan : Orang Melayu selalunya makan belacan. Adakah itu sebuat adat/budaya?)

    -Abu Ubaidah

    ReplyDelete
  3. 1) Adat/budaya melayu adalah sesuatu kebiasaan kepada orang melayu yang sudah diamalkan turun-temurun.

    2) Adat/budaya melayu diamalkan dalam masyarakat kerana ia sesuatu yang unik untuk kumpulan orang melayu, dan juga ia sudah jadi sesuatu yang biasa untuk mereka. Orang yang lebih tua boleh mengajar kanak-kanak tentang adat/budaya melayu dan mereka boleh membuatnya bersama-sama secara ramai.

    3) Orang melayu mengikuti adat/budaya tersebut.

    4) Satu contoh adalah bahawa orang melayu akan menyambut Hari Raya selepas bulan Ramadhan. Ia disambut dengan orang-orang melayu menziarahi rumah-rumah satu sama lain. Mereka pun akan menjamu selera dengan riang ria.

    ReplyDelete
  4. 1.Adat/budaya melayu adalah suatu yang sering dibuat oleh orang melayu,is seperti sebuah tradisi.

    2.Adat/budaya melayu diamalkan dalam masyarakat supaya adat/budaya itu tidak hilang.Ia penting untuk terus menghidup adat/budaya itu.Kalau ia tidak diamalkan dalam masyarakat,ia akan dilupakan.

    3.Orang yang berminat dengan adat/budaya itu akan mengikuti ia.Ia bukan satu kemestian bahawa orang melayu sahaja yang boleh mengikuti adat/budaya melayu.

    4.Satu contoh budaya melayu adalah untuk keluarga makan bersama-sama

    MirzD

    ReplyDelete
  5. 1) Adat/Budaya melayu ialah sesuatu yang dibuat oleh orang melayu dari beberapa generasi hingga ia telah menjadi seperti sesuatu tradisi.

    2) Mereka diamalkan kerana mereka telah menjadi sesuato norma dalam masyarakat melayu dan ia sesuatu yang baik untuk orang.

    3) Adat/Budaya akan diamalkan oleh semua orang dalam masyarakat itu kerana mereka telah menjadi sesuatu norma yang akan diberikan kepada generasi yang baru.

    4) Sesuatu contoh untuk adat/budaya ialah...

    ReplyDelete