Wednesday, 29 August 2012

Tugasan - 30 Ogos 2012

Para pelajar arif budiman,

Sila maklum bahawa kamu perlu berada di Info Hub untuk kelas Bahasa Melayu (0945 - 1035). Setiap pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan yang telah disediakan. Wakil kelas akan mendapatkan tugasan tersebut dan berikan pada kamu. Gunakan masa yang ada untuk selesaikan setakat mana yang kamu mampu. Tiada perbincangan yang diperlukan. Kamu boleh rujuk mana-mana bahan yang sesuai. Tugasan ini harus dihantar, sama ada kamu selesai kesemuanya ataupun tidak.

Kemudian, serahkan semua kertas kepada wakil kelas. Wakil kelas akan kumpulkan dan letakkan di 'pigeon hole' saya selepas kelas. Harap kamu gunakan latihan ini sebagai persiapan untuk peperiksaan.

Wakil kelas : Aisyah


Terima kasih.

Cg Azizah.Ahmad

Tuesday, 14 August 2012

Analisa Teks - Iklan

Para pelajar arif budiman,

Sila laksanakan tugasan ini. Terima kasih.





Cg Azizah.Ahmad

Thursday, 2 August 2012

Tugasan - 3 Ogos 2012


Para pelajar arif budiman,

Saya minta maaf kerana saya tidak dapat hadirkan diri esok, 3 Ogos. Walau bagaimanapun, ada tugasan yang perlu diselesaikan pada waktu kelas Bahasa Melayu pada pukul 9.45 pagi. Saya telah melantik wakil kelas - M.Mirza.

1. Semua pelajar boleh pergi ke Info Hub. Memandangkan awak semua berkongsi ruang dengan orang lain, sila pastikan awak tidak mengganggu ketenteraman di Info Hub.

2. Wakil kelas perlu dapatkan lampiran daripada 'pigeon hole' saya di luar bilik guru.

3. Wakil kelas berikan lampiran kepada rakan-rakan kelas.

4. Semua pelajar harus selesaikan tugasan pada masa kelas Bahasa Melayu. Tiada perbincangan yang diperlukan.

5. Setelah tamat kelas Bahasa Melayu, semua pelajar wajib serahkan lampiran kepada wakil kelas.

6. Wakil kelas akan letakkan lampiran-lampiran tersebut di dalam 'pigeon hole' saya di luar bilik guru.

7. Tugasan ini akan dinilai. Sila pastikan tugasan ini diselesaikan.


Terima kasih atas kerjasama awak semua.

Salam mesra,

Cikgu Azizah.Ahmad